Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Potong Cukai Pun Harga Minyak Naik di UK, Penunggang Terjejas?
Auto Terkini

Potong Cukai Pun Harga Minyak Naik di UK, Penunggang Terjejas?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 23 Mac lalu, Canselor Rishi Sunak mengumumkan ‘potongan terbesar semua kadar bahan api’ di Britain, iaitu sebanyak 5 pence (27 sen) setiap liter sebagai cara menangani kenaikan kos, tetapi tiada pengurangan dipaparkan pada harga pam stesen minyak.

Berdasarkan laporan, kos purata seliter bahan api tanpa plumbum Mac lalu yang diukur mengikut data Kerajaan mencecah £1.50 (RM8.16) buat kali pertama. Seminggu kemudian, harga naik kepada £1.60 (RM8.71) dan mencecah £1.65 (RM8.98) sebelum Sunak membuat pengumuman pemotongan cukai.

BACA >>> Putin: Tak Mesra Rusia? Guna Mata Wang Ruble Kalau Nak Beli Gas!

Terdahulu, kenaikan harga £1.40 (RM7.62) pada April 2012 menjadi £1.50 seliter mengambil masa selama sedekad.

Sejak cukai nilai tambah 20 peratus ditambah selepas duti bahan api, potongan cukai 5p sepatutnya berjumlah hampir 6p (32 sen) lebih rendah kos seliter. Bagaimanapun, penurunan itu tidak dipapar di pam minyak.

Harga purata bahan api di Britain ialah 161.67p (RM8.73) seliter, cuma turun 3.7p (19 sen) selepas mencatatkan harga tertinggi 165.37p (RM8.93), Mac lalu.

Sebelum pengumuman Sunak, Persatuan Peruncit Petrol (PRA) yang mewakili hampir 65 peratus stesen minyak seluruh Britain memberi amaran potongan cukai tidak akan dirasai segera kerana duti dikenakan peringkat pukal. Malah, petrol dalam tangki simpanan setiap stesen sudah dicukaikan.

Peruncit juga tidak melihat ada potongan harga stesen minyak hingga tangki simpanan kosong dan membuat pembelian pukal semula. Mereka juga mendakwa kenaikan kos pukal sebenarnya sudah menghilangkan sebahagian kesan penjimatan harga.

BACA >>> Minyak Habis Musim Raya Sebab Kapal Tangki Lewat

APA MAKSUDNYA?

Adakah berlaku pengurangan harga bahan api disebabkan potongan cukai? Jika ada, apa kesannya kepada industri motosikal?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Industri Motosikal, Tony Campbell berkata;

Sukar menentukan jika pengurangan itu dapat dinikmati sepenuhnya (pengguna). Seperti kita pernah lalui ketika harga biasa berubah di pam stesen minyak, sebarang manfaat sebenarnya sudah hilang sepenuhnya.

“Kita jangka harga kekal tinggi dan percaya ia juga mempengaruhi sektor kita secara positif dan negatif. Secara menyeluruh, ia bukan berita buruk.

“Jika gemar menunggang untuk hiburan, anda mungkin dapat memilih mengurangkan kekerapan atau menunggang dalam jarak lebih dekat. Sebagai seorang penunggang sejati, itu perkara terakhir saya akan lakukan.

“Jika kamu berulang-alik kerja menggunakan kereta, kami percaya lebih ramai orang akan beralih menggunakan kenderaan kapasiti kecil, atau motosikal dan skuter elektrik penuh sebagai alternatif.

“Pasaran menyaksikan pertumbuhan awal tahun hingga hari ini (lebih 40 peratus) untuk semua sektor dengan segmen elektrik mendahului, iaitu naik 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.”

SIAPA DAPAT UNTUNG?

Kos jualan petrol adalah cerminan kepada harga minyak mentah yang naik mendadak beberapa bulan lalu akibat krisis Rusia-Ukraine. Harga lebih tinggi bermaksud walaupun ada potongan duti bahan api, kantung Kerajaan semakin bertambah kerana lebih banyak bayaran cukai buat masa ini berbanding ketika harga minyak naik.

Pada Mei 2020, harga minyak tanpa pumblum ialah 104.87p (RM5.66) seliter, termasuk tambahan kira-kira 75p (RM4.04) seliter melalui cukai nilai tambah dan duti. Kini, walaupun ada potongan duti 5p seliter, kos lebih tinggi menandakan lebih banyak cukai nilai tambah yang dianggarkan Kerajaan bernilai 80p (RM4.32) setiap liter.

BACA >>> Menteri: Kerajaan Akan Kaji Mekanisme Pemberian Subsidi Petroleum
BACA >>> Kereta Nak Habis Petrol, Tapi Waze Bawa ke Pejabat Stesen Minyak
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol

Auto Terkini Rishi Sunak Tony Campbell
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

    09/04/2026
    Auto Terkini

    B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce, Harga Mula RM700!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.