• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Minyak Habis Musim Raya Sebab Kapal Tangki Lewat

Minyak Habis Musim Raya Sebab Kapal Tangki Lewat

May 13, 2022 By Wahid Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEKURANGAN dan ketiadaan stok petrol di beberapa stesen servis sepanjang minggu lalu sempena Hari Raya Aidilfitri adalah disebabkan kelewatan kapal tangki yang tiba di beberapa terminal.

Berita itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. bagi menjawab aduan orang ramai mengenai isu berkenaan.

BACA >>> #RetroAuto: Daimler Reitwagen - Inilah Motosikal Petrol Pertama Dunia

Beliau berkata, kapal tangki lewat tiba di terminal Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang. Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan minyak adalah peningkatan jumlah kenderaan mendadak, dan kapasiti tangki minyak di beberapa stesen tidak mencukupi untuk membekalkan minyak mengikut permintaan.

Alexander berkata, Kementerian melakukan dua langkah bagi penyelesaian jangka pendek. Pertama, meminta kerjasama Kementerian Pengangkutan bagi mempercepatkan proses pelepasan kapal pengangkut minyak. Kedua, KPDNHEP memantau bekalan petrol RON95 supaya tiada penyelewengan.

Kementerian menyarankan orang ramai supaya buat sementara ini beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi kebiasaan digunakan kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan terputus," katanya.

Menurutnya lagi, KPDNHEP juga membenarkan semua stesen minyak seluruh negara menambah had kuantiti simpanan, terutama petrol RON95 bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang musim perayaan.

Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA), kadar had kuantiti ditentukan menerusi surat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan berbeza tertakluk luas premis dan sistem simpanan tangki bawah tanah (UGT) masing-masing.

BACA >>> Ala Comel... Penunggang Merajuk, Abang Shell Salah Set Pam Minyak
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tuang Minyak Enjin Tanpa Corong? Mungkin Boleh Ikut Tip Ini!

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Petrol Habis Aidilfitri 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my