Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Portal Scrut.my Sedia Perkhidmatan Periksa Mileage Kereta Rekon Jepun!
Auto Terkini

Portal Scrut.my Sedia Perkhidmatan Periksa Mileage Kereta Rekon Jepun!

Han OthmanBy Han Othman15/05/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM industri kenderaan import terpakai atau rekon, isu paling kerap diperkatakan dalam kalangan pengguna ialah trik pengedar mengubah odometer menjadi rendah perbatuan. Misalnya, jika jarak perbatuan 60,000km, ia diubah kepada 25,0000km, dan penipuan ini sebenarnya memberikan masalah besar ke atas pengguna dari segi kos penyenggaraan dan alat ganti.

Masalah sama turut berlaku dalam urusan jual beli kenderaan terpakai dalam negara, tetapi pengguna sekurang-kurang masih boleh memantau sejarah penyenggaraan kereta tersebut di pusat servis pengeluar untuk mengesan bilakah kali terakhir servis dibuat.

BACA >>> Japmas Auto Tawar Beli Kereta Rekon Berbaloi, Boleh Bida Secara Live dari Jepun!

Tetapi bagaimanakah pula jika kereta rekon yang diimport dari Jepun?

Bersyukurlah kerana sekarang ada satu platform atas talian khas yang menawarkan perkhidmatan berbayar untuk anda memeriksa sepenuhnya kondisi kenderaan rekon dari Jepun yang mahu dibeli, iaitu Scrut.my.

Semuanya dapat dilakukan semudah memasukkan nombor casis pada frem atau nombor identiti kenderaan (VIN) kereta yang mahu diperiksa itu, dan buat bayaran serendah 50 kredit (1 kredit = RM1). Laporan akan diemelkan terus kepada anda dalam tempoh 24 jam. Kredit bayaran pula boleh dibeli menerusi kad kredit dan perbankan atas talian (FPX). Mudahkan?

BACA >>> Kenapa Beli MPV Rekon? Dapatkan Toyota Alphard, Vellfire Serba Baharu Serendah RM355K

Daripada laporan itu, pengguna akan mendapat tahu segalanya tentang kondisi sebenar kereta rekon berkenaan seperti jumlah perbatuan (mileage), gred (A-E), spesifikasi dan keadaan sebenar kereta, termasuk rekod kemalangan jika ada. Sesetengah laporan menyediakan gambar lelongan dan harga jualan.

Contoh laporan yang akan diemelkan kepada bakal pembeli.

Berita baik kena kongsi. Tunggu apa lagi, sila daftar dan periksa kereta anda sekarang. Jangan biarkan hidup diselubungi misteri. Sama-sama kita banteras penipuan kapitalis tak guna!

Layari juga Facebook Scrut.my.

Auto Terkini Kereta Import Terpakai kereta recon Kereta Rekon Kereta Rekon Jepun Portal Scrut
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

1 Comment

  1. faizal on 15/07/2019 14:51

    bos kalau beli melalui online https://carfromjapan.com trusted ke.. ada agen dari malaysia tak yang sediakan perkhidmatan selesaikan dengan kastam sampai ke jpj

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.