Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo, Wagon Praktikal dengan Perasa Kuasa
Roda4

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo, Wagon Praktikal dengan Perasa Kuasa

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE memperkenalkan Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo baharu yang bersedia dijual seiring varian hatchback sebagai tambahan kepada famili wagon hibrid plug-in dengan enjin 4.0L turbo-kembar V8 berkuasa 542hp.

Bersama padanan trenkuasa hibrid plug-in yang memuatkan bateri litium-ion 14.1kW dan motor elektrik berkuasa 134hp, Panamera hibrid plug-in ini versi ‘Sport Turismo’ini mampu menghamburkan gabungan kuasa setinggi 670hp dan tork 850Nm.

BACA >>> Porsche Patenkan Beg Udara Pilar-A untuk Model Konvertibel

Tambahan output kuasa turut dibantu sistem pacuan semua roda (AWD) dengan pecutan 0-100kmj dapat dilakukan sepantas 3.4 saat dan kelajuan maksimum mencecah 310kmj. Paling penting, purata penggunaan bahan api adalah sekitar 3 liter per 100km, manakala bantuan elektrik tunggal mampu menggerakkan wagon ini sejauh 49km. Tempoh masa mengecas pula ialah 2.4-6 jam bergantung kepada pengecas dan sambungan kuasa.

Selain trenkuasa berteknologi tinggi, sedan 4-pintu mewah itu turut menampilkan konfigurasi tempat duduk 4+1 dan ruang but 425 liter yang mana boleh diluaskan kepada 1,295 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo kini siap sedia ditempah pada harga pasaran di Jerman bermula €188,592 (RM939,758).

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Panamera Turbo S E-Hybrid Sport Turismo Porsche Roda4 sedan 4-pintu mewah sedan mewah Sport Turismo wagon Porsche
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.