Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Poncharal: Quartararo ‘Satu-Satunya’ Pelumba Boleh Cabar Marquez
Auto Terkini

Poncharal: Quartararo ‘Satu-Satunya’ Pelumba Boleh Cabar Marquez

AryonBy Aryon10/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOS Tech3, Herve Poncharal berpendapat buat masa ini cuma Fabio Quartararo, 20, yang menjadi pelumba paling berpontensi untuk mencabar dominasi juara MotoGP 5 kali, adinda Marc Marquez.

Poncharal, yang kini mengemudi pasukan satelit Red Bull KTM Tech3, menganggap Quartararo sebenarnya sudah pun menunjukkan potensinya untuk menjadi pencabar terkuat Marquez.

“Aksi terbaik belum lagi muncul, dan kalau ada seorang pelumba yang paling hampir dapat mencabar Marc Marquez, aku percaya itu ialah Fabio (Quartararo)… Dan aku rasa Marc pun tau,” katanya kepada Crash.net.

Poncharal juga meramalkan Yamaha akan melancarkan perang bida untuk cuba merekrut naik pelumba tersebut ke pasukan pengilang apabila kontraknya bersama Petronas Yamaha SRT berakhir hujung musim depan.

BACA >>> Rossi Tak Terkejut Sangat Quartararo Boleh Dapat Petak Pertama di Jerez

DALAM RADAR YAMAHA MUSIM 2021?

Mungkin ada benar juga apa dikatakan Poncharal. Kebetulan pula kontrak pelumba utama Yamaha, kekanda Valentino Rossi akan berakhir hujung tahun depan dan ditambah prestasi tidak menentu, Quartararo pasti menjadi antara pelumba dalam radar pasukan pengilang itu untuk musim 2021.

Berbanding pasukan lain, peluang Yamaha mendapatkan Quartararo juga agak tinggi selepas mengambil kira nasib malang yang menimpa bekas pelumba Yamaha sebelum ini. Tidak kira pasukan pengilang atau satelit, pelumba Yamaha yang berhijrah ke pasukan lain seperti Jorge Lorenzo, Johann Zarco dan Hafizh Syahrin, masing-masing bergelut dengan prestasi selepas beralih daripada jentera M1.

Sudah tentu Marc (Marquez) ada beberapa pencabar, tapi Dovi (Andrea Dovizioso) sudah di kemuncak prestasi dan bukan lagi muda. Valentino (Rossi) pun bukan muda. Maverick (Vinales) pula kita akan nampak, sebab dia masih muda.

“Tapi bagi aku, rider yang sangat meningkat naik dan boleh cabar Marc ialah Fabio.

“Johann pun buat benda hebat dua tahun lepas, tetapi apa yang lebih menakjubkan tentang Fabio adalah dia sangat muda dan kurang buat silap.

“Fabio laju kat mana saja. Dari FP1 hingga Race. Atas jalan basah, kering, sejuk, panas. Dia macam komputer. Lagi, dia dapat kawal tekanan dengan baik untuk pelumba yang masih muda. Sesetengah pelumba bila kali pertama mula di depan akan buat banyak silap. Ini termasuklah Marc dan Valentino,” kata Poncharal.

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Fabio Quartararo Herve Poncharal Marc Marquez MotoGP Petronas Yamaha SRT sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.