Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polisi Insurans Khas Buat Pemandu Kurang Memandu (Maaf, di UK Sahaja)
Auto Terkini

Polisi Insurans Khas Buat Pemandu Kurang Memandu (Maaf, di UK Sahaja)

Han OthmanBy Han Othman11/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKANLAH isu yang menghairankan apabila Malaysia memutuskan untuk meliberalkan dasar insurans supaya lebih fleksibel dan mesra pengguna kerana cara itu sudah lama diamalkan banyak negara-negara maju, terutama Eropah.

Paling terkini, sebuah firma insurans di Britain, By Miles menawarkan polisi baharu khas buat golongan pemandu yang jarang memandu dengan bayaran dikenakan berasaskan jumlah perbatuan bulanan. Polisi seumpama itu adalah satu-satunya ditawarkan di negara tersebut.

PASANG ‘KOTAK HITAM’

Caranya, By Miles akan merekodkan setiap perjalanan menggunakan ‘kotak hitam’ telematik dan pemandu akan dicaj mengikut jumlah perbatuan setiap bulan. Jadi, tiada lagi caj tahunan premium biasa seperti ditawarkan kebanyakan syarikat insurans. Pemandu akan dimaklumkan kos setiap perjalanan menggunakan aplikasi telefon pintar dan dibilkan setiap hujung bulan.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), By Miles, James Blackham memberitahu Auto Express mengenai hasratnya untuk mengemas kini produk insurans di Britain yang tidak banyak berubah sejak 50 tahun lalu.

“Insurans sekarang adalah semua yang anda boleh pandu, sedangkan zaman moden masa kini itu sudah tidak dapat diterima, terutama jika anda kurang memandu berbanding purata jumlah perbatuan setiap tahun, kira-kira 7,500 batu (12,070km),” katanya.

LEBIH MURAH BUAT PEMANDU HUJUNG MINGGU

Menerusi produk insurans baharu itu, pelanggan akan dihantar peranti telematik bersaiz kotak mancis yang dipasang pada palam diagnostik dalam kereta (on-board) di bawah roda stereng. Data kemudian akan dihantar secara automatik dan sistem akan bekerja secara jarak jauh.

Bakal dilancarkan penghujung tahun ini, By Miles masih belum mendedahkan caj terperinci polisi tersebut, tetapi menyatakan bayaran dikenakan adalah lebih murah bagi mereka yang hanya memandu hujung minggu  atau dalam jarak dekat.

Kami boleh baca kod enjin, jadi kami ada ‘medik kereta’ yang akan beritahu anda apa yang benar-benar terjadi apabila enjin anda dihidupkan.”

– JAMES BLACKHAM, Pengasas Bersama dan CEO, By Miles

Blackham mendedahkan syarikatnya bertuah kerana mendapat sokongan kewangan daripada Jaguar Land Rover sambil mengharapkan pada masa akan datang syarikat insurans bukan sekadar memasang kotak hitam, tetapi turut diberikan peluang bekerjasama dengan pengeluar automotif.

LEBIH FLEKSIBEL, SEPADAN TEKNOLOGI SEMASA

Kini, By Miles berada dalam senarai syarikat insurans seperti Cuvva dan Insure the Box yang turut menawarkan polisi insurans fleksibel di Britain.

Sementara itu, penasihat kanan polisi di Persatuan Insurans British (ABI), Ben Howarth berkata, pembangunan seperti itu menunjukkan bagaimana industri insurans dapat menyesuaikan inovasi dalam teknologi kereta dengan produk baharu yang membolehkan penambahan fleksibiliti kepada pemandu.

Agaknya, syarikat insurans manakah di Malaysia yang bakal menawarkan polisi seumpama itu? 🙂

SUMBER: Auto Express

Auto Terkini autotainment By Miles insurans insurans berasaskan perbatuan insurans kereta insurans UK
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

By Abang Hirata13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.