Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Terengganu: “Mana Ada Sabotaj Himpunan RXZ Members 5.0”
Auto Terkini

Polis Terengganu: “Mana Ada Sabotaj Himpunan RXZ Members 5.0”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan tampil menjelaskan dakwaan di media sosial mengenai tindakan polis melakukan sabotaj ke atas acara Himpunan RXZ Members 5.0 yang disertai lebih 60,000 pemilik motosikal dari dalam dan luar negara.

Cerita sabotaj itu hangat digembar-gembur di media sosial berikutan operasi khas motosikal di dua daerah negeri tersebut (Kuala Terengganu dan Kuala Nerus) selama dua hari pada 8 dan 9 September lalu yang membawa kepada penahanan banyak motosikal.

TUGAS POLIS JAGA KESELAMATAN, KEAMANAN

Mazli berkata, operasi itu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu selepas menerima banyak rungutan dan aduan orang awam serta netizen.

Beliau berkata lagi, tugas PDRM adalan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya di Terengganu, dan Malaysia amnya.

ADUAN ORANG RAMAI, NETIZEN

Rungutan dan aduan diterima mendakwa penunggang motosikal terlibat menunggang melulu dan merbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain di jalan raya awam, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan jalan negeri.

Polis membuat pemantauan dan pemeriksaan serta mendapati aduan dan rungutan orang ramai adalah benar dan berasas. Ini membawa kepada operasi khas motosikal antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu dan JPJ Terengganu.

HASIL OPERASI KHAS MOTOSIKAL

Operasi dua hari itu (8 dan 9 September 2023) tamat jam 12 tengah malam semalam diketuai Timbalan Ketua JSPT Terengganu dengan kekuatan 83 anggota polis dan JPJ.

Sebanyak 185 motosikal pelbagai model, dan 205 individu ditahan sepanjang operasi serta dibawa ke IPK Terengganu untuk proses dokumentasi.

Pelbagai kesalahan dikenal pasti dan saman trafik dikeluarkan seperti berikut:

  • 146 saman kesalahan tiada cermin sisi
  • 103 saman kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (fancy)
  • 39 saman kesalahan tiada lesen menunggang motosikal
  • 4 saman kesalahan ubah suai ekzos motosikal

Sepanjang operasi berlansung, polis mendapati ada 73 kemalangan terjadi melibatkan empat kes kemalangan maut.

INI TINDAKAN JPJ

Sebanyak 111 motosikal disita JPJ dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kuasa menyita kenderaan motor).

Seksyen itu membenarkan polis atau pegawai JPJ menyita kenderaan untuk tujuan mengenal pasti identiti pemilik, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan itu daripada berterusan.

Sebanyak 311 saman/notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan iaitu:

  • 36 saman kesalahan LKM tamat tempoh
  • 34 saman kesalahan tiada perlindungan insurans
  • 33 saman kesalahan ubah suai ekzos
  • 20 saman berkaitan nombor pendaftaran
  • Lima saman CDL tamat tempoh
  • Tiga saman kesalahan tiada cermin sisi
  • Dua saman kesalahan pemegang lesen P
  • Satu saman berhubung kesalahan tayar (kecil dan tidak mengikut spesifikasi)

SEBAB APA NOMBOR PLAT JADI ISU?

Polis Terengganu menjelaskan dalam konteks keselamatan dan pencegahan jenayah, motosikal yang tidak mempamerkan nombor plet atau menyembunyikan nombor (nombor plat fancy), biasanya ada tujuan melakukan samun, pecah rumah dan lain-lain kesalahan jenayah.

BERAPA JUMLAH SAMAN OPERASI KHAS?

  • Polis Trafik: 292 saman
  • JPJ Terengganu: 311 saman/notis

Semua individu yang ditahan sudah dilepaskan pihak polis.

POLIS JAWAB ISU SABOTAJ

Mazli berkata;

Kita tidak sabotaj mana-mana program, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain amat menyokong apa jua acara diadakan yang boleh memberi impak besar kepada ekonomi dan sosial negeri ini, asalkan tak langgar undang-undang sedia ada.”

Polis menjelaskan sebarang bentuk penganjuran perlu mematuhi segala peraturan ditetapkan, tidak menggugat ketenteraman dan kepentingan awam, tidak bertentangan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.

Malah, syarat penganjuran program RXZ Members 5.0 sudah dinyatakan dalam permit dikeluarkan kepada penganjur pada 6 September 2023 lalu.

Polis menjelaskan;

Apa yang berlaku dalam isu ini, kegagalan segelintir penunggang motosikal mematuhi syarat ditetapkan telah mendatangkan kegusaran kepada netizen dan pengguna jalan raya lain, dan boleh menyebabkan perkara buruk berlaku, seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.”

SUMBER: Polis Terengganu

Auto Terkini Himpunan RXZ Member 5.0 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu JSPT Terengganu PDRM polis
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.