Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tangkap ‘Superman Tapah’ Selepas Pekena Nasi Bamboo di Sungkai
Auto Terkini

Polis Tangkap ‘Superman Tapah’ Selepas Pekena Nasi Bamboo di Sungkai

AryonBy Aryon25/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS menahan dua lelaki yang dirakam melakukan aksi Superman di KM329, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 21 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di Tanjung Tualang, Batu Gajah sekitar jam 11 pagi.

Tangkapan dibuat selepas dua suspek berkenaan menjamu selera di reastoran Nasi Bamboo di Sungkai, Perak, dan kedua-duanya mengaku menunggang motosikal seperti mana video tular.

Tangkapan itu dijalankan selepas kita mengesan rakaman video memaparkan aksi beberapa penunggang motosikal yang menunggang kenderaan secara menunduk dan meniarap.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku Ahad pada jam 1.47 tengah hari ketika pengadu, iaitu pemilik kamera papan pemuka kereta sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh,” katanya.

Menurut Mohd Yusri, susulan itu satu laporan polis dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan berjaya mengesan suspek yang beralamat di Tanjung Tualang.

Menurutnya, siasatan ke atas dua suspek itu, yang berkerja sebagai penyelenggara mesin sawit dan juruteknik, mendapati mereka tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Suspek dan barang kes, iaitu motosikal yang digunakan ketika kejadian dibawa ke IPD Tapah untuk tindakan selanjutnya.

“Permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan hari ini di Mahkamah Majistret bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip video 1 minit 3 saat yang memaparkan beberapa penunggang melakukan aksi meniarap atas pelana motosikal ala ‘Superman’ di lorong kanan, sekali gus menghalang laluan kenderaan di belakang.

Suspek juga direman tiga hari bermula hari ini.

SUMBER: IPDTapah

Aksi 'Superman' Auto Terkini Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) mat rempit Superman Tapah Superman Tapah Kena Tangkap
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.