Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Rampas Camry ‘YB Beliau’, Pinjam Tak Nak Pulang
Auto Terkini

Polis Rampas Camry ‘YB Beliau’, Pinjam Tak Nak Pulang

Han OthmanBy Han Othman13/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Melaka semalam merampas sebuah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee selepas mantan Exco itu enggan memulangkannya sejak minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Md Ali berkata, kereta jenis Toyota Camry hitam itu dirampas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di parkir sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.

BACA >>> Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas

Beliau berkata, rampasan dilakukan selepas menerima laporan polis dari kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka mengenai keengganan Norhizam memulangkan kereta tersebut.

Menurut laporan polis, Norhizam enggan memulangkan Camry tersebut walaupun Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan pada 5 Oktober lalu sudah mengeluarkan surat arahan yang diserahkan kepada pegawai khasnya supaya berbuat demikian.

Rampasan dibuat selepas polis mendapatkan waran geledah daripada Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada hari sama laporan diterima untuk mengesan dan merampas barang kes. Polis turut merampas kad pembayaran elektronik Touch n’ Go dan sekeping kad minyak daripada pemandu rasmi Norhizam.

BACA >>> Toyota Camry Usung Peti Sejuk Belakang But Kena Tahan

5 SAKSI DIPANGGIL

Setakat ini, Polis Melaka memanggil lima saksi, iaitu kakitangan SUK Melaka bagi tujuan rakaman percakapan dan akan memanggil Norhizam dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan berhubung kes tersebut. Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta itu boleh ditempatkan di kondominum terbabit dan kaitan dengan pemilik lot parkir tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

Terdahulu, Norhizam Jumaat lalu menyatakan secara terbuka hanya akan memulangkan kereta rasmi dan kunci Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri DUN (Japerun) itu jika semua wakil rakyat negeri ini bertindak demikian.

Beliau, yang juga bekas mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan dan Pembangunan Usahawan mendedahkan 28 wakil rakyat Melaka hilang kelayakan sebagai wakil rakyat atau Exco apabila Kerajaan Negeri itu dibubarkan pada Selasa minggu lalu..

BACA >>> Toyota Camry Black Edition JDM Rai Ulang Tahun ke-40 di Jepun

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Datuk Norhizam Hassan Baktee Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri DUN (Japerun) Polis Melaka Toyota Camry YB Beliau
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.