Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ops Ambang Tahun Baharu 2026: Polis Keluar 12,437 Saman, Sita 390 Kenderaan
Auto Terkini

Ops Ambang Tahun Baharu 2026: Polis Keluar 12,437 Saman, Sita 390 Kenderaan

SyafieBy Syafie02/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ops Ambang Tahun Baharu 2026

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 12,437 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2026 yang dijalankan seluruh negara bermula jam 9 malam hingga 2 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis turut menyita 390 kenderaan dan menahan 25 individu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, 20 individu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tiga individu ditahan dalam Kanun Keseksaan dan tiga lagi di bawah akta lain,” katanya.

Lebih 2,700 Pegawai, Anggota Terlibat

Mohd Yusri berkata, seramai 327 pegawai kanan dan 2,460 pegawai rendah polis terlibat dalam operasi berkenaan dengan kerjasama beberapa agensi luar.

Antara agensi terlibat ialah Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) dengan 258 anggota, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) (80), Jabatan Alam Sekitar (JAS) (70), Jabatan Imigresen Malaysia (58), konsesi lebuh raya (54) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) (8).

Operasi di 240 Lokasi Seluruh Negara

Beliau berkata, Ops Ambang Tahun Baharu 2026 dilaksanakan di 240 lokasi seluruh negara bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sambutan ambang tahun baharu.

Sementara itu di Pulau Pinang, polis mengeluarkan 582 saman dan menyita 26 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan bermula jam 8.30 malam hingga awal pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, operasi bersepadu itu melibatkan 165 pegawai dan anggota polis, dengan kerjasama strategik JPJ, AADK dan JAS.

Kesalahan Motosikal Paling Tinggi

Menurut beliau, antara kesalahan tertinggi melibatkan penunggang motosikal adalah tiada nombor pendaftaran, tidak mempamerkan pelekat P, mengubah suai struktur dan penggunaan ekzos tidak mengikut spesifikasi.

Satu tangkapan dibuat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Lebih 600 Kenderaan Diperiksa

Dalam operasi sama, seramai 677 individu dan 626 kenderaan diperiksa seluruh negeri dengan JPJ mengeluarkan 192 notis saman.

AADK pula merekodkan satu kes positif daripada 41 saringan dadah yang dijalankan, manakala JAS melaksanakan 35 ujian meter bunyi dan mengeluarkan 20 notis ujian semula dan 20 tindakan kompaun terhadap kenderaan yang melanggar peraturan.

SUMBER: FB PDRM

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Ambang Tahun Baharu 2026 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    ETS Rawang
    Auto Terkini

    Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026

    14/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Tempatkan Polis di 151 Stesen Minyak Berisiko Tinggi

    14/04/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.