Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Jalankan Ujian Rintis ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield, Dari 1 Jun Hingga 31 Ogos 2023
Auto Terkini

PLUS Jalankan Ujian Rintis ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield, Dari 1 Jun Hingga 31 Ogos 2023

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam ‘SmartLane’ di  laluan USJ-Seafield terutama di waktu puncak bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2023 bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Pengurus Besar Kanan  Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),  Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk  mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi  mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.

Ujian rintis awam laluan ‘SmartLane’ ini akan dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield di antara KM8.1 hingga KM6.1 (Arah Utara) di lebuhraya ELITE mulai jam 6:30 pagi  hingga 9:30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Ahad (kecuali hari kelepasan am).

Sepanjang tempoh tersebut, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan  untuk menambah kapasiti lorong sedia ada dan membantu melancarkan trafik pada waktu  puncak pagi. 

“Ketika laluan ‘SmartLane’ ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan  memandu di laluan kecemasan untuk sementara sebagai langkah untuk menambah kapasiti  laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi  meneruskan perjalanan mereka. Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama  sekali menggunakan bahu jalan/laluan kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan  ‘SmartLane’ diaktifkan,” tambah beliau. 

Tambahnya, pertembungan trafik serta keadaan jalan yang sedikit mendaki menyebabkan peningkatan trafik yang tinggi dan sedikit perlahan di laluan tersebut. 

PLUS juga telah melakukan pelbagai persediaan untuk melaksanakan inisiatif ini dengan pemantauan oleh anggota Polis, JPJ dan pasukan PLUSRonda serta memasang papantanda trafik dan menyediakan trak tunda tambahan di lokasi sekiranya berlaku kecemasan. 

Secara puratanya, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di  Lebuhraya ELITE pada setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58% menggunakan laluan  terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi,” tambah Mohd Yusuf. 

Jelas beliau, laluan ‘SmartLane’ dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan  terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau  kerosakan kenderaan di laluan tersebut. 

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘SmartLane’  ini melalui papan tanda laluan ‘SmartLane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik. 

BACA >>> PLUS Uji SmartLane di NKVE dari Setia Alam ke Shah Alam, Atasi Sesak Waktu Puncak
BACA >>> Lima Lebuh Raya Lembah Klang Guna Sistem Bayaran Tol Terbuka September Ini

kesesakan lalu lintas Lebuhraya ELITE Lebuhraya PLUS Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) SmartLane
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.