Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPB: Senarai Negeri Benarkan Solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri
Auto Terkini

PKPB: Senarai Negeri Benarkan Solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri

Han OthmanBy Han Othman19/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KINI banyak negeri sudah mula membenarkan jemaah ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergeraskan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Jun nanti.

Walaupun bersetuju melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi setiap negeri masih berbeza syarat kebenaran seperti jumlah jemaah dan jenis solat dibenarkan.

Sebagai contoh, Perlis membenarkan solat Jumaat, tetapi tidak untuk solat Aidilfitri. Di Wilayah Persekutuan pula, jumlah jemaah dibenarkan adalah hingga 30 orang, sebaliknya di Selangor cuma untuk 12 orang.

Di bawah ini kami senaraikan jabatan agama yang sudah membuat pengumuman tentang kebenaran solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri di negeri masing-masing.

BACA >>> PKPB: KL, Putrajaya dan Selangor Bukan Rentas Negeri, Had Satu Kereta Masih 4 Orang
BACA >>> PKPB: Polis Laksana 144 Sekatan Jalan Raya di Sempadan Negeri, Plaza Tol

* Maklumat berdasarkan laporan berita semasa dan akan dikemas kini.

JOHOR

  • Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah, termasuk imam satu dan dua, bilal, siak dan lapan individu dijemput
  • Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM

KEDAH

  • Jumaat: Mula 22 Mei, tidak lebih 12 jemaah, dibuat di masjid sahaja
  • Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, lakukan penjarakan sosial, bawa sejadah sendiri, ambil wuduk di rumah

MELAKA

  • Jumaat: Mula 29 Mei, tidak lebih 40 jemaah (termasuk imam, khatib, bilal dan pegawai masjid)
  • Aidilfitri: Tidak dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, jemaah atas jemputan dan penggiliran, ikut keluasan masjid

PERAK

  • Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah (termasuk imam dan khatib)
  • Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, individu lebih 60 tahun tidak digalakkan, tidak dibenarkan untuk individu demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema, serta penyakit (kencing manis, darah tinggi, lelah, barah dan sebagainya), buat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan, rekod kehadiran, bawa sejadah sendiri dan ambil wuduk dari rumah.

PERLIS

  • Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah (ajk masjid sahaja)
  • Aidilfitri: Tidak dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, individu 60 tahun ke atas dan berpenyakit tidak dibenarkan, penjarakan sosial 2 meter, sanitasi tangan, ambil rekod kehadiran, pakai pelitup muka, ambil wuduk dari rumah

SARAWAK

  • Jumaat: Mula 22 Mei, tidak lebih 12 jemaah di masjid dan surau.
  • Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, jumlah jemaah lelaki minimum 4 orang, masjid dan surau dibuka 30 minit sebelum waktu solat, saringan suhu, daftar kehadiran

SELANGOR

  • Jumaat: Mula 15 Mei, tidak lebih 12 jemaah
  • Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, imam dan AJK masjid sahaja dibenarkan, ambil wuduk di rumah

TERENGGANU

  • Jumaat: Mula 22 Mei untuk tidak lebih 40 orang jemaah, satu masjid untuk satu daerah
  • Aidilfitri: Tidak dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, ambil wuduk terlebih dahulu, umur bawah 60 tahun dan tiada gejala demam, selesema, sesak nafas dan penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Jumaat, dan Fardu: Mula 15 Mei, tidak lebih 30 jemaah, untuk masjid dan surau zon hijau sahaja.
  • Terawih dan Aidilfitri: Dibenarkan
  • SYARAT: Ikut SOP KKM, jemaah kalangan AJK masjid dan individu atas jemputan, ambil wuduk dari rumah, bawa sejadah sendiri, warga emas lebih 70 tahun dan individu berpenyakit kronik dilarang, buka kaunter (periksa suhu, sanitasi tangan dan rekod kehadiran), bawa kad pengenalan, bersurai selepas bacaan doa selepas solat.
Auto Terkini Kebenaran Solat Jumaat PKPB Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Perintah Kawalan Pergeraskan Bersyarat (PKPB) PKPB Prosedur Operasi Standard (SOP)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.