Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pininfarina Battista – Kereta Hiper Sentuhan Firma Rekabentuk Terkenal Itali, Harga RM9.4j
Roda4

Pininfarina Battista – Kereta Hiper Sentuhan Firma Rekabentuk Terkenal Itali, Harga RM9.4j

Abang HirataBy Abang Hirata13/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PININFARINA S.p.A. ialah firma rekabentuk dan pembuat koc dari Itali yang terkenal dengan rekabentuk kenderaan berseni dan unggul. Syarikat ini diasaskan Battista ‘Pinin’ Farina (foto bawah) pada 1930, dan ia kini dimiliki konglomerat dari India, Mahindra Group sejak Disember 2015.

Pelanggan Pininfarina terdiri daripada pengeluar kereta eksotik dan premium seperti Ferrari, Maserati hingga jenama massa seperti Peugeot, Hyundai dan banyak lagi. Menariknya, pengeluar automobil dari Vietnam, VinFast turut mendapatkan khidmat firma tersebut.

BACA >>> VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Selepas 90 tahun menghasilkan pelbagai model untuk pengeluar kenderaan, dunia kini bakal menyaksikan lahirnya kereta hiper pertama buatan firma berkenaan, dipanggil Pininfarina Battista.

Bagi menghasilkan jenama sendiri dan syarikat penuh dalam bisnes automotif, Mahindra & Mahindra Ltd Investment menubuhkan Automobili Pininfarina dengan ibu pejabat di Jerman, terdiri daripada staf berpengalaman yang pernah berkhidmat bersama syarikat mewah dan premium.

Automobili Pininfarina ialah hasil perlesenan penjenamaan antara Pininfarina S.p.A. dan Mahindra & Mahindra Ltd. Projek kereta hiper Battista itu berlangsung sejak 2018 dan kini memasuki fasa untuk ditayangkan kepada umum.

BACA >>> Terlalu Pantas Punca Ferrari 288 GTO Evoluzione Jadi Supercar Eksotik

MUNCUL DI GENEVA

Kereta  itu dipamerkan di Pameran Motor Geneva, Mac tahun ini sebelum akan diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) sempena acara acara Pebble Beach, 15 Ogos ini, untuk mengisi slot Monterey Car Week.

Prestasi Battista memang luar biasa, badannya dibuat daripada gentian karbon dengan janaan motor elektrik dan bateri berkuasa 1,900hp dan tork 2,300Nm. Pecutan 0-100kmj hanya mengambil masa kurang 2 saat, manakala kelajuan maksimum sekitar 402kmj.

Selain kuasa luar biasa, Battista juga boleh dipandu jauh, dengan jarak perjalanan 450km untuk sekali cas penuh. Kereta hiper ini dikuasakan bateri 120kWh yang membekalkan tenaga kepada empat motor elektrik setiap satu roda.

Individu di sebalik Battista juga bukan biasa-biasa. Projek ini diseliakan Pengarah Rekabentuk, Luca Borgogno, Pengarah Kereta Sport, Rene Wollman, dan Ketua Pemandu Pembangunan, Nick Heidfeld.

Borgogno sudah lama berkhidmat di bawah studio Pininfarina dan pernah bekerja dengan Lamborghini. Wollman pula berpengalaman dalam menerajui pembangunan kereta hiper Mercedes-AMG Project One, manakala Heidfeld rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau ialah bekas pelumba Formula Satu (F1) dan Formula E dengan pengalaman 20 tahun.

Mereka yang berminat (dan sangat kaya) kini boleh buat tempahan dan penghantaran akan dibuat pada lewat 2020. Battista akan dibina di Itali dan sebanyak 150 unit sahaja. Daripada jumlah itu, 50 unit diperuntukkan untuk pasaran Eropah, 50 unit (Amerika Utara) dan bakinya untuk Timur Tengah dan Asia.

Harga? €2 juta (RM9.42 juta) sahaja.

BACA >>> 10 Fakta Menarik Tentang KISKA, Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM

Auto Terkini Battista 'Pinin' Farina EV Hyper Car Kereta Hiper Mahindra & Mahindra Ltd Mahindra Group Pininfarina Pininfarina Battista Pininfarina S.p.A. Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.