Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Guna Tayar Belakang Betul Bantu Bastianini Muncul Juara GP Qatar 2022!
Auto Terkini

Guna Tayar Belakang Betul Bantu Bastianini Muncul Juara GP Qatar 2022!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENEA Bastianini muncul juara dalam aksi pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP 2022  selepas berjaya menyekat pelumba Red Bull KTIM, Brad Binder pada lap terakhir saingan di GP Qatar.

Prestasi awal perlumbaan Bastianini agak kurang memberangsangkan yang mana dia tergelincir dari kedudukan kedua ke tempat kelima.

BACA >>> Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022
BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!


Pelumba Itali itu kemudian meningkatkan momentum saingan dan akhirnya meraih kemenangan pertama di Litar Antarabangsa Losail. Kemenangan itu dihadiahkan kepada mantan bos pasukan, Fausto Gresini yang meninggal dunia tahun lalu akibat Covid-19.

Salah satu faktor utama menyumbang kemenangannya ada pemilihan tayar belakang sederhana lembut berbanding pelumba lain yang menggunakan opsyen tayar lembut. Bastianini berkata;

Aku amat gembira hari ini (semalam). Kami nampak ada potensi cukup baik dalam sesi ujian dan sebaik saja tiba di sini, kami menambah baik tetapan dan elektronik.

“Semalam (kelmarin) buat kali pertama aku mencatatkan masa lap terbaik dalam sesi kelayakan. Hari ini (semalam), aku mula di grid depan.

“Pilihan terbaik aku ialah (tayar) sederhana keras pada roda belakang  kerana pagi tadi aku dah cuba masa sesi warm-up dan nampak ada potensi cerah.

“(Tayar) lembut lebih banyak membuai ketika di selekoh perlahan, tetapi sederhana keras sebenarnya lebih stabil. Jadi aku fikir, OK, memang kena guna jenis medium.

“Awal perlumbaan memang tak semudah disangka kerana Pol (Espargaro) memberi saingan, tapi dalam tujuh lap akhir, inilah pilihan (tayar) terbaik. Dengannya, memang ada potensi merapatkan jurang dan menang perlumbaan.”

Tiga lagi pelumba menggunakan jentera Ducati GP22 gagal menamatkan perlumbaan kerana mengalami insiden tidak diingini, iaitu:

  • Jack Miller menarik diri kerana jenteranya mengalami masalah teknikal.
  • Francesco Bagnaia pula ‘menolak keluar’ Jorge Martin kerana hilang kawalan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022
BACA >>> #TahukahAnda: Negara Manakah Paling Banyak Pemilik Motosikal?

SUMBER: Crash

2022 MotoGP Qatar Auto Terkini Brad Binder enea bastianini Fausto Gresini Francesco Bagnaia GP Qatar 2022 Jack Miller jorge martin Lenovo Ducati MotoGP 2022 MotoGP Qatar 2022 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Stesen minyak Shell di Filipina.
    Auto Terkini

    Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

    14/04/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Tiada Krisis Bekalan Minyak, Kerajaan Pantau Data Mingguan Penggunaan Bahan Api

    14/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Bantuan BUDI Agri-Komoditi, BUDI Diesel Naik RM400 Mulai 21 April

    14/04/2026
    Presiden Filipina, Ferdinan Marcos Jr
    Auto Terkini

    Harga Minyak Turun Mendadak Hingga Lebih RM1 Seliter, Filipina ‘Tarik Nafas’ Lega

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.