Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot E-208 GTi 2026 – Legenda Kembali Sebagai EV!
Roda4

Peugeot E-208 GTi 2026 – Legenda Kembali Sebagai EV!

Abang HirataBy Abang Hirata20/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Peugeot E-208 GTi 2026
PEUGEOT E-208 GTi 2026 baharu diperkenalkan, menandakan kembalinya model ikonik yang kali ini tiada turbo sebaliknya dipacu motor elektrik.

Pengenalan model ini dilakukan di litar Le Mans 24 Jam, dengan kehadiran wakil tertinggi daripada Peugeot dan Stellantis Motorsport. Peugeot pada 40 tahun lalu, mencipta sejarah automotif dengan memperkenalkan Peugeot 205 GTi.

Peugept 205 GTi 1.6L (1984)
Peugept 205 GTi 1.6L (1984)
Peugeot 205 GTi 1.9L (1986)
Peugeot 205 GTi 1.9L (1986)

Model itu, pertama dalam versi 1.6L pada 1984, disusuli 1.9L (1986), mempelopori konsep baharu hatchback sporty kecil yang menggabungkan prestasi luar biasa dan keseronokan pemanduan dengan rekabentuk sporty bersahaja, serta serba boleh unik.

Sepanjang empat dekad berikut, Peugeot GTi meninggalkan jejak penting dalam sejarah kereta sport melalui pelbagai model pengeluaran yang diiktiraf kerana prestasi dan kualiti dinamik, seperti 306, 206, 207, dan 208. Selain itu, Peugeot GTi turut mencatat sejarah dalam dunia sukan permotoran dengan pelbagai kejayaan, terutama acara rali.

Trenkuasa dan Prestasi

Peugeot E-208 GTi 2026

  • Peugeot E-208 GTi 2026 dikuasakan motor elektrik M4+ yang menjana 280hp dan tork 345Nm. Gabungan itu membolehkannya memecut 0-100kmj sepantas 5.7 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 180kmj.
  • Dilengkapi  bateri CATL kapasiti kasar 54kWj.
  • Sistem pengurusan bateri dioptimum untuk penggunaan sporty, bersama sistem penyejukan khas bagi memastikan prestasi tinggi.
  • Kegunaan harian, EV ini menawarkan anggaran jarak pemanduan 350km berdasarkan kitaran WLTP campuran.
  • Boleh dicas semula dalam tempoh 4 jam 40 minit (7.4 kW).
  • Selain itu, fungsi had pengecasan 80 peratus tersedia untuk disesuaikan dengan penggunaan harian.
  • Pengecasan pantas boleh dicas 20-80 peratus dalam masa kurang 30 minit menggunakan stesen pengecasan 100kW.
  • Ciri diferensial gelincir terhad (LSD) turut disepadu dalam pengurang (reducer) untuk mengoptimum respons selekoh yang menyumbang kepada kelincahan dan kestabilan.

Casis dan Pengendalian

Peugeot E-208 GTi 2026 menampilkan nisbah kuasa-kepada-berat 5.7kg/hp, antara terbaik dalam segmen. Pembangunan casis menerima pelbagai ubah suai daripada jurutera Peugeot Sport.

  • Jarak roda dilebarkan 56mm di depan dan 27mm (belakang).
  • Jarak tinggi bumi direndahkan 30mm.
  • Sistem suspensi menggunakan spring dan absorber dengan hentian hidraulik khas.
  • Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 saiz 215/40-18 dipasang untuk prestasi optimum.
  • Bar anti-oleng belakang dikemas kini untuk keseimbangan antara kecekapan sporty dan keselesaan harian.
  • Sistem Program Stabiliti Elektronik (ESP) menawarkan mod Sport khas yang boleh menghentikan sistem bantuan pemandu bagi meningkatkan sensasi pemanduan trek.

Sistem Brek

Sistem brek Peugeot E-208 GTi 2026 direka untuk prestasi tinggi.

  • Brek cakera depan diameter 355 mm dengan kaliper tetap 4-piston yang direka khas untuk mengoptimum penyejukan dan memastikan kuasa brek konsisten.
  • Kaliper brek depan merah sebagai tanda pengiktirafan Peugeot Sport.
  • Kaliper brek belakang mengekalkan spesifikasi E-208 asal yang menunjukkan fokus kepada kecekapan berbanding penampilan semata-mata.

Rekabentuk Luaran

Peugeot E-208 GTi 2026

Peugeot E-208 GTi 2026 mengekalkan siluet dinamik E-208 asal dengan beberapa penambahan rekabentuk yang menonjolkan ciri GTi:

  • Gaya lebih teguh di jalan raya, disumbang profil badan direndahkan dan jarak roda lebar.
  • Rim 18-inci ‘Peugeot GTi’ dengan struktur berlubang mengimbas kembali rekabentuk Hole Wheels ikonik pada 205 GTi lama yang juga berfungsi untuk penyejukan brek.
  • Gerbang roda lebar dengan garis merah sporty menjadi tribut 205 GTi.
  • Spoiler depan ditambah pada bawah bampar depan.
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
  • Difuser aerodinamik khas bawah bampar belakang, disepadukan dengan lampu kabus LED kecil dan diwarnakan hitam kilat.
  • Warna badan merah terang eksklusif mengimbas kembali model 205 GTi pertama.
  • Tanda cahaya tiga cakar ikonik model 208, dengan tiga cakar bercahaya di depan dan tiga garis LED mendatar di belakang.
  • Aksen merah halus diaplikasikan pada gril, sekitar lambang Peugeot, lampu depan, gerbang roda, kaliper brek depan, dan bawah spoiler belakang.

Rekabentuk Dalaman dan Ciri Peugeot i-Cockpit

Peugeot E-208 GTi 2026

Bahagian dalaman Peugeot E-208 GTi 2026 direka untuk pengalaman pemanduan imersif dan sporty:

  • Karpet, alas kaki, dan tali keledar merah terang mewujudkan suasana sporty.
  • Kerusi depan sporty dengan rekabentuk tribut kepada 205 GTi 1.9 dengan trim merah tengah dan jaring merah pada sisi kanan yang mengingatkan 205 GTi 1.6.
  • Kerusi direka untuk sokongan efektif dalam pemanduan sporty dan selesa untuk kegunaan rutin harian.
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
  • Stereng kulit berlubang merah kompak digabungkan Alcantara, dengan lambang tengah bertukar merah. Sesitiviti stereng dikalibrasi untuk respons lebih langsung.
  • Kluster instrumen digital dan unit infotainmen skrin sentuh tengah menampilkan grafik merah sebagai konfigurasi standard, dengan laman indilator prestasi khas.
  • Lampu ambien merah dengan bunyi imersif dalam kabin yang boleh diaktif atau nyah aktif.

Teknologi dan Sistem Bantuan Pemandu

Peugeot E-208 GTi 2026 dilengkapi sistem maklumat Peugeot i-Connect Advanced yang terdiri daripada:

  • Sistem navigasi terhubung TomTom prestasi tinggi.
  • Pengecaman suara ‘OK Peugeot’.
  • Fungsi mirroring wayarles dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Fungsi vehicle-to-load (V2L) yang membolehkan peranti elektrik dikuasakan melalui bateri voltan tinggi kereta.
  • Aplikasi telefon pintar MyPeugeot membenarkan akses kawalan jauh kepada ciri seperti prapenyejukan termal kabin, pengaturcaraan pengecasan bateri, dan pengaturcaraan navigasi.
  • Trip Planner yang berkaitan dengan sistem navigasi terhubung untuk mengoptimum perjalanan dan memudahkan pengecasan.

Kualiti dan Bahan

Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026

Peugeot E-208 GTi 2026 menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sesuai untuk penggunaan intensif dan ketahanan masa:

  • Stereng Alcantara dan sisi konsol tengah.
  • Fabrik kualiti tinggi baharu pada kerusi.
  • Karpet kaki khas yang tebal.
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
Peugeot E-208 GTi 2026
EV Peugeot Peugeot 208 Peugeot E-208 GTi Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.