Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot 508 Sport Engineered – Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis
Roda4

Peugeot 508 Sport Engineered – Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis

Han OthmanBy Han Othman02/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEUGEOT baru saja memperkenalkan divisyen pengeluaran kenderaan prestasi tinggi Peugeot Sport Engineered (PSE), dan model pertama dibina ialah Peugeot 508 Sport Engineered.

Penampilan sedan segmen-D itu berubah sepenuhnya daripada rekabentuk konsep kepada gaya komersial yang lengkap dan sempurna.

Dibangunkan berasaskan 508 edisi 2021, 508 Sport Engineered memiliki banyak perincian luaran istimewa seperti panel dekoratif biru bercahaya, spoiler depan, kluster difuser udara belakang dan rim aloi 20 inci dengan rekaan multi-jejari.

Keseluruhan rekabentuk 508 Sport Engineered tidak banyak berbeza dengan model 508 biasa. Model ini tampil sebagai sedan gaya fastback dengan bahagian pilar-C melandai ke belakang yang membuatkan ia nampak sporty dan berkarakter.

BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!

Sama seperti luaran, rekaan kabin 508 Sport Engineered juga memiliki elemen biru bercahaya menerusi penggunaan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV). Ruang kabin mengetengahkan rekabentuk moden diilhamkan daripada kokpit pesawat dengan kemasan kulit Alcantara dan Nappa premium.

Posisi konsol tengah papan pemuka dimiringkan ke arah pemandu, manakala stereng direka potongan-D ala jentera lumba, pedal syif dan spidometer digital diletakkan tinggi.

508 Sport Engineered dikuasakan enjin 1.6L pengecas turbo dan dua motor elektrik dengan gabungan kuasa setinggi 355hp, dan tork 530Nm, manakala transmisi jenis automatik 8-kelajuan dalam sistem pacuan empat roda (4WD) bersama lima mod pemanduan.

BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

Menurut PSE, model ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 5.2 saat. Dengan kapasiti bateri 11.5kWh, penggunaan kuasa elektrik penuh mampu menggerakkan sedan ini sejauh 42km.

Teknologi keselamatan 508 Sport Engineered terdiri daripada Sistem Brek Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif, Bantuan Kekal Lorong (LKA),, dan Bantuan Pandang Malam (Night Vision). Tarikh pelancaran masih belum didedahkan.

BACA >>> Bocor Imej Peugeot 3008 (2021) Facelift dengan Gril Gaya Baharu

GALERI
Peugeot Peugeot 508 Sport Engineered Roda4 Sedan sedan segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.