Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot 508 L Performance 400 THP (2021) Debut di China dengan Kuasa 208hp
Roda4

Peugeot 508 L Performance 400 THP (2021) Debut di China dengan Kuasa 208hp

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEUGEOT menambah barisan 508 L di China dengan memperkenalkan model Performance baharu dinamakan 400 THP di Pameran Auto Beijing 2020.

Dibina berasaskan versi jarak roda panjang yang dihasilkan eksklusif untuk pasaran China, 508 L Performance 400 THP (2021) diposisikan antara 360 THP dan varian hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilancarkan penghujung tahun ini. Model baharu ini menawarkan angka kuasa 208hp @ 5,500 rpm dan tork 300Nm @ 1,900-4,500rpm.

BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!

Dijual pada harga bermula 189,700 yuan (RM116,195), 508 L Performance 400 THP (2021) menampilkan bumbung kemasan hitam, gril gelap dan rim dwi-tona 18 inci. Kerusi dibalut material kulit merah dan pelapik bumbung hitam. Ciri kabin menawarkan sistem penapisan udara dan konsep i-Cockpit.

Turut ditayangkan ialah crossover subkompak e-2008 dan 2008 yang pernah dipamerkan di Guangzhou 2019, dan dilancarkan Mei tahun ini, dan 4008 PHEV, kenderaan utiliti sukan (SUV) 5008 dan sedan 408 sedan.

Peugeot meneruskan sambutan ulang tahun ke-210 di China dengan mempromosikan slogan ‘2.1.0 Let’s Go!’ dan mempamerkan logo dengan imej singa di atas sebatang anak panah dan kapsyen bertulis ‘210 Years’, iaitu sejak 1810.

Pengurus Besar Dongfeng Peugeot, David Guerin berkata, sepanjang sejarah 210 tahun, jenama Peugeot dengan semangat inovasi, sentiasa terkedepan dalam rekabentuk dan teknologi automotif, selalu berusaha menambah baik keseronokan memandu.

“Peugeot dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pada masa ia memikirkan semula standard mobiliti. Pada masa depan, Dongfeng Peugeot akan menepati janji untuk ‘Unboring The Future’ dan menyampaikan ‘Feel your heart Beat’ kepada pengguna China,” katanya.

BACA >>> Peugeot 508 Sport Engineered – Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis

GALERI

SUMBER: CarScoops

Pameran Auto Beijing 2020 Peugeot Peugeot 508 L Performance (2021) Peugeot China Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.