Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peugeot 508 (2019) Sah Masuk Malaysia Tahun Depan – Rekaan Memang Awesome!
Auto Terkini

Peugeot 508 (2019) Sah Masuk Malaysia Tahun Depan – Rekaan Memang Awesome!

Abang GYLBy Abang GYL04/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

peugeot 508 2019BARU-BARU ini saya bersama beberapa rakan media lain dari Malaysia dijemput ke Monte Carlo bagi sesi pandu uji sedan segmen-D terbaharu, Peugeot 508 (2019).

Apa yang boleh saya simpulkan setelah selesai pandu uji, Peugeot 508 (2019) ini bukan lagi kereta ‘orang tua’ mahupun bagi golongan eksekutif bertali leher semata-mata seperti mana ditampilka model terdahulu. Ia kini hadir dengan rekaan cukup sporty, seksi dan awesome.

Baik dari pandangan depan mahupun belakang, Peugeot 508 (2019) mampu memikat hati sesiapa saja melihatnya. Jika dibandingkan versi terdahulu, Peugeot 508 baharu ini datang dengan rekabentuk badan lebih rendah dan lebar berserta gaya agresif. Rekaan badan kali ini dilembutkan dan tiada lagi rekaan bersegi, sekali gus membangkitkan imej seksi dan elegan.

Rekabentuk baharu ini juga jelas dipengaruhi asas konsep yang sedia ada pada model 3008 dan 5008. Rekaan lampu depan LED tipis dipadankan dengan gril khas Peugeot gaya 3D kelihatan mendominasi pandangan depan. Bahagian pintu tanpa bingkai seperti model mewah kini menjadi daya tarik dan perbezaan utama antara 508 dan pesaing lain dalam kelas sama.

Aspek mekanikal, Peugeot 508 (2019) didatangkan dalam tiga pilihan enjin:

  • 1.6L petrol pengecas turbo
  • 1.5L diesel turbo
  • 2.0L diesel turbo

Bagaimanapun, kami dimaklumkan buat masa ini, pasaran Malaysia hanya akan menerima trenkuasa 1.6L petrol turbo. Padanan enjin 1.6L twin-scroll turbo tekanan tinggi (THP) dengan bantuan kotak gear automatik 8-kelajuan berkuasa 225hp @ 5,500rpm dan tork 300Nm @ 2,500rpm cukup membuatkan ia mudah digerakkan. Di atas kertas, pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 7.3 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.

BILA MASUK MALAYSIA

Buat masa ini, kami dimaklumkan Peugeot 508 (2019) dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua tahun depan. Berapakah tanda harga yang bakal diletakkan juga belum didedahkan. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga kompetitif dan bersesuaian dengan apa ditawarkan.

Paling penting, saya dah tidak sabar mahu tunggu Peugeot 508 (2019) ini masuk Malaysia. Tidak sabar juga mahu lenjan sedan ini naik Genting 🙂

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan ‘Orang Tua’

2019 peugeot 508 malaysia enjin peugeot 508 (2019) harga peugeot 508 (2019) Monaco pandu uji peugeot 508 (2019) peugeot 508 (2019) malaysia peugeot 508 2019
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.