Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Peugeot 208 & 2008 Puretech Mampu Gerak 1,000km dengan 1 Tangki Penuh – Biar Betul?
Autotainment

Peugeot 208 & 2008 Puretech Mampu Gerak 1,000km dengan 1 Tangki Penuh – Biar Betul?

Abang GYLBy Abang GYL10/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WOW, biar betul Peugeot 208 Puretech dan Peugeot 2008 Puretech mampu bergerak lebih 1,000km hanya dengan setangki isian penuh petrol? Bagi anda yang masih tidak percaya, itulah kuasa ‘ajaib’ teknologi Puretech yang dibuktikan menerusi kedua-dua model dengan label teknologi baharu itu.

Segalanya terbukti apabila teknologi Puretech meraih anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik Tahunan pada 2015 dan 2016. Menurut Peugeot, Puretech ialah teknologi yang memberikan kuasa dan prestasi seperti enjin besar dengan kecekapan seperti enjin kecil.

ENJIN 3-SILINDER

puretech

Rasionalnya apabila menyebut tentang enjin 3-silinder, model pertama yang terlintas dalam fikiran sudah tentulah kelibat model-model mini Perodua seperti Kancil, Viva dan Axia dengan kuasa berlegar sekitar 30-60hp.

Pembuatan casis model 3-silinder juga lebih ringan, manakala kualiti pengendalian berada pada tahap sederhana atau biasa-biasa saja. Apa tidaknya, enjin 3-silinder memang sinonim dengan kereta-kereta berstatus bajet.

Namun, kelebihan utama enjin 3-silinder adalah aspek penjimatan bahan api. Itu memang tidak perlu dipertikaikan  lagi. Logiknya mudah, enjin 3-silinder lebih kecil dan ringan dengan proses pembakaran bahan api yang minimum.

Namun, apabila Peugeot pada Januari lalu memperkenal dua model baharu di Malaysia yang didatangkan dengan enjin PureTech 3-silinder, sudah tentu debut itu sesuatu yang mengejutkan.

BACA >>> Peugeot 208 dan 2008 Puretech – Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

Peugeot Advertising CampaignENJIN KECIL TAPI BERKUASA

Peugeot 208 dan 2008 menggunakan jenis enjin sama berkapasiti 1.2L, 3-silinder sebaris dengan pengecaj turbo. Uniknya, kedua-dua model itu mampu memberikan input enjin yang sama dari segi kuasa (110hp) dan tork (205Nm) walaupun segmen berbeza antara hatchback dan SUV.

Paling mengagumkan, aspek kecekapan bahan api yang mampu menggerakkan kereta ini mencapai jarak perbatuan melebihi 1,000km untuk isian penuh petrol ke dalam tangki berkapasiti 50L. Sebagai makluman, jumlah liter itu  yang ialah kapasiti tangki standard bagi model pesaing lain dalam segmen sama.

Ini bukan trik kerana ada sesetengah kereta mampu pergi jauh bukanlah kerana teknologi penjimatan dimiliki, tetapi kerana kapasiti tangki minyak yang besar. Tetapi tidak bagi Peugeot menerusi teknologi Puretech.

Jadi, memang layaklah enjin PureTech ini mendapat anugerah enjin terbaik seperti diuar-uarkan. Malah, kami tidak ragu-ragu meletakkan Peugeot menerusi teknologi PureTech sebagai pengeluar pertama yang menjadi penanda aras di Malaysia sebagai model petrol paling menjimatkan, berprestasi dan seronok dipandu.

GALERI

puretech
autotainment enjin 3-silinder Peugeot Peugeot 2008 Puretech Peugeot 208 Puretech Puretech puretech jimat minyak Roda4 teknologi Puretech
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.