Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Dedah Barisan Pelumba & Jentera MotoGP 2019
Auto Terkini

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Dedah Barisan Pelumba & Jentera MotoGP 2019

Abang GYLBy Abang GYL30/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team 2019
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba dan seragam PETRONAS Sprinta Racing yang bakal berentap dalam Kejuaraan MotoGP 2019, bertempat di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, semalam.

Turut sama memperkenalkan pasukan baharu itu ialah Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dan CEO Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang juga Prinsipal Pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Ahmad Razlan Razali.

Barisan pelumba terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo untuk MotoGP, manakala Khairul Idham Pawi menjadi satu-satunya pelumba untuk Moto2, dan akhir sekali ialah John McPhee dan Ayumu Sasaki yang akan beraksi dalam Moto3.

BACA >>> Petronas Yamaha SIC Pilih Morbidelli dan Quartararo, Lengkapkan Barisan Pelumba MotoGP 2019

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team 2019BARISAN PELUMBA TERBAIK

Morbidelli ialah juara Moto2 2017 dan juga rookie terbaik MotoGP 2018 dengan menamatkan saingan di tempat ke-15 bersama pasukan EG 0,0  Marc VDS, manakala Quartararo ialah rookie MotoGP musim ini yang direkrut masuk daripada Moto2 tahun lalu. Tahun lalu, dia menamatkan aksi di tempat ke-10 dan pernah dua kali menjejak podium sebagai juara (Catalunya, Sepanyol) dan naib juara (Belanda).

Satu-satunya wakil Moto2, Khairul pula berhijrah dari IDEMITSU Honda Team Asia, manakala McPhee dan Ayumu tahun lalu masing-masing mewakili pasukan CIP Green Power (KTM) dan PETRONAS Sprinta Racing (Honda).

YAMAHA YZR-M1 ‘SPEC A’

Menarik mengenai PETRONAS Yamaha SRT, pelumba utamanya, Morbidelli akan menunggang Yamaha YZR-M1 ‘Spec A’, iaitu jentera sama yang digunakan pelumba pasukan pengilang Yamaha Movistar seperti Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Quartararo pula diberikan M1 ‘Spec B’, tetapi masih jentera Yamaha versi terkini. Malah, Yamaha mendakwa ‘Spec B’ untuk Quartararo ialah lebih berprestasi daripada jentera digunakan Johann Zarco musim lalu.

Khairul pula akan menunggang jentera 3-silinder sebaris 765cc (140hp) yang kali ini menggunakan enjin dibekalkan Triumph menggantikan Honda. McPhee dan Ayumu pula siap sedia mengemudi jentera Honda NSF250RW (62hp).

Seragam jentera dan sut pasukan menggunakan dua tona warna utama, hijau PETRONAS dan hitam dengan logo PETRONAS menjadi grafik paling menonjol pada badan jentera. Morbidelli bakal bertarung menggunakan nombor 21, Quartararo (20), Khairul (89), McPhee (17) dan Ayumu (71).

Ayuh peminat-peminat sukan permotoran semalaysia. Berikan sokongan anda kepada pasukan Malaysia dan juga pelumba negara. Buat pasukan PETRONAS Yamaha SRT, selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik!

GALERI
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team 2019
PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team 2019
Ayumu Sasaki Fabio Quartararo franco morbidelli John McPhee Khairul Idham Pawi MotoGP 2019 PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.