Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Petronas SRT Berminat Teruskan Kontrak dengan Yamaha Hingga 2026
Roda2

Petronas SRT Berminat Teruskan Kontrak dengan Yamaha Hingga 2026

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM  Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 dianggap fasa penting kerana tahun ini bakal menyaksikan berakhirnya banyak kontrak antara pelumba dan pasukan masing-masing sama ada pengilang dan satelit.

Pasukan pertama mengumumkan kontrak baharu dalam kelas premier ialah KTM, sebaliknya pengeluar lain masih tidak membuat sebarang pengumuman rasmi seperti Yamaha, Honda dan Suzuki. Status pasukan satelit pula bergantung kepada pasukan pengilang.

Mengenai pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), bos Yamaha, Lin Jarvis mendakwa isu kontrak Yamaha dengan pasukan dari Malaysia itu adalah antara sebab kenapa Valentino Rossi cuma diikat setahun. Jadi selepas musim ini berakhir, apakah akan berlaku?

Bagaimanapun, bos Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menjelaskan hasrat Petronas SRT untuk terus bersama Yamaha selepas musim 2021 hingga tamat 2026. Buat masa ini pasukannya memang selesa bersama Yamaha dan mahu meneruskan kontrak dengan pengeluar itu pasca 2021 serta bertahan selama mungkin.

Menurutnya;

Mereka menyokong kami sejak tahun pertama dan itu penting untuk pasukan kami (Yamaha dan Petronas). Adakah kami dapat memanjangkan usahasama ini selama lebih tiga tahun?

“Kami sudah bincang dengan Yamaha dan berusaha capai kesepakatan untuk lima tahun lagi. Ini tentu perlukan masa, tapi kami kena tahu perancangan tahun depan dan seterusnya pertengahan tahun ini.”

Selain itu, Petronas SRT musim ini turut bertanggungjawab melatih Rossi untuk saingan MotoGP walaupun pelumba veteran itu pernah menyatakan ia sebagai pasukan junior.

Rossi sebagai pelumba pasukan ialah kes berbeza. Bagi kami tahun 2021 sangat penting untuk memiliki kestabilan dan prestasi, ini penting untuk kelangsungan pasukan. Dalam senario biasa, kami mungkin saja ambil pelumba Moto2, tetapi memikirkan apa dia (Rossi) impikan, itu bermakna kami memiliki pelumba yang akan memulakan musim dengan sedikit ujian.

“Banyak risiko untuk dinilai, jadi kami buat keputusan ini dengan Rossi kerana dia tahu motornya, berpengalaman dan ada juga cabaran untuk dipertimbangkan. Kami buat pengecualian untuk Rossi, tapi rancangan kami adalah selalu cari bakat baharu, membesar dan naik bersama kami dan Yamaha pada masa depan,” kata Razlan.

BACA >>> Razlan: Petronas SRT Akan Ada Pelumba Tempatan 2022
BACA >>> #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 Lin Jarvis MotoGP MotoGP 2021 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.