Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas SRT Berminat Ambil Fernandez Ganti Rossi
Auto Terkini

Petronas SRT Berminat Ambil Fernandez Ganti Rossi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN baru saja menyertai saingan Moto2 musim ini, Raul Fernandez (Red Bull KTM Ajo) menampilkan persembahan sangat dominan di belakang rakan pasukan, Remy Gardner yang bakal menyertai kelas premier musim depan bersama KTM Tech3.

Prestasi pelumba muda Sepanyol itu menarik minat beberapa pasukan MotoGP, termasuk Petronas SRT yang khabarnya sedang mencari pengganti Valentino Rossi.

Raul Fernandez

Bagaimanapun, usaha menandatangani Fernandez bukan mudah kerana KTM sudah tentu tidak mahu melepaskan ayam tambatan mereka itu. Ini dapat dilihat situasi Gardner yang awalnya tidak ingin menyertai Tech3, tetapi terpaksa akur.

BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?
BACA >>> Gardner ke MotoGP Musim Depan, Sertai KTM Tech3!

Remy Gardner bersama Pit Beirer.

Falsafah KTM seiring Red Bull, iaitu menawarkan kontrak ketat kepada pelumba di bawah naungan pasukan itu. Bagaimanapun, pemergian Jorge Martin ke Pramac Ducati dan Pol Espargaro ke Repsol Honda menunjukkan tidak mustahil pelumba KTM meninggalkan pasukan tersebut.

Dalam satu temu bual dengan Autosport, Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer berkata, Fernandez mahu kekal dalam kelas Moto2 untuk semusim lagi. 

Jadi KTM kini ada dua pilihan untuk Fernandez musim depan yang juga tahun terakhir kontraknya bersama pasukan itu. Kontrak diberikan adalah sama ada memasuki kelas premier bersama Tech3 atau kekal dengan pasukan sama dalam Moto2.

YAMAHA, PETRONAS TIDAK MAHU CARI PASAL DENGAN KTM?

Jika Fernandez mahu meninggalkan KTM, dia perlu membayar denda kira-kira setengah juta euro (RM2.4 juta), iaitu nilai yang tidak sanggup dibayar Petronas dan Yamaha. 

Yamaha dan Petronas juga tidak mahu menjejaskan hubungan Fernandez dengan KTM dan situasi itu diakui sendiri Pengurus Petronas SRT, Johan Stigefelt. Secara asasnya, hasrat Petronas SRT itu mungkin tidak dapat direalisasikan.

BACA >>> Selepas MotoGP, Rossi Intai Peluang Sertai Lumba Kereta Enduran?
BACA >>> Marquez Tak Boleh Bayang Diri di Tempat Rossi, Terus Lumba Tapi Tak Menang

SUMBER: Autosport.com

Johan Stigefelt KTM KTM Tech3 MotoGP Pit Beirer raul fernandez Remy Gardner Valentino Rossi Yamaha Petronas SRT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.