Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Malaysian Cub Prix 2023 Tampil Wajah Baharu Untuk Kategori CP125
Auto Terkini

Petronas Malaysian Cub Prix 2023 Tampil Wajah Baharu Untuk Kategori CP125

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix musim ke-30 kembali pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang bersama-sama wajah baharu bagi kategori CP125.

Di antara mereka adalah Md Adam Haikal Jahar, juara bertahan bagi kategori Wira KBS dan rakan sepasukannya, Md Syamil Amysar Md Iffende dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan akan meneruskan semangat kejuaraan di kategori CP125.

Pada musim lepas, kedua-dua pelumba tersebut telah memberikan saingan yang hebat dan telah menampilkan prestasi yang cemerlang. Walau bagaimanapun, Adam yang telah menaiki podium sebanyak 10 kali berjaya menumpaskan rakan sepasukannya Syamil dengan kelebihan sebanyak 19 mata secara keseluruhan.

Menurut Adam, peralihan ke kategori CP125 sudah pasti besar cabarannya kerana pelumba-pelumba di kategori tersebut lebih berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Oleh kerana teknik berlumba yang sudah tentu berlainan, Adam mahu tingkatkan keberaniannya untuk lebih fokus untuk mencapat matlamatnya, iaitu mendapat tempat di podium ataupun 5 teratas.

Saya tetap akan buat yang terbaik untuk memberikan saingan kepada para pelumba tersebut. Saya telah banyak belajar pada musim lepas dan saya akan membawa pengalaman tersebut ke kategori baharu ini,” kata Adam.

Sementara itu, Md Adie Putra Sukarno, juara musim 2022 bagi kategori Yamaha Petronas Super Series pula akan mara ke kategori CP125 bersama pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor. Adie telah menampilkan suatu prestasi yang amat mengagumkan apabila beliau menyambar tempat pertama di podium untuk lapan pusingan berturut-turut dengan kumpulan mata sebanyak 195.

Pada pusingan kesembilan, Adie mengambil kesempatan untuk berlumba di kategori CP125 tetapi tidak menamatkan perlumbaan. Pada pusingan kesepuluh, beliau tidak berlumba di mana-mana kategori kerana mengalami kecederaan.  Sebagai pelumba muda, Adie menampilkan potensi yang tinggi dalam sukan permotoran dan  memberikan harapan kepada pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dalam pencapaian yang lebih cemerlang pada tahun 2023.

Cabaran utama saya pada musim ini adalah abang-abang senior yang lebih berpengalaman tetapi saya juga bersyukur kerana menyertai pasukan dengan para pelumba yang berkaliber. Saya akan menimba sebanyak pengetahuan daripada mereka dan akan memberikan yang terbaik untuk pasukan saya.

Pasukan saya telah banyak membantu saya terutamanya dalam mempertingkatkan prestasi dan mengasah kemahiran berlumba saya. Motivasi saya buat musim ini adalah untuk mencapai suatu pencapaian yang bagus. Untuk itu, saya akan memberikan 100% fokus serta mengatur strategi terlebih dahulu sebelum perlumbaan agar saya lebih bersedia.” tambah Adie.

Juara musim lepas bagi kategori AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge, Arash Tsunami Kamarudin, akan menyertai pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing bagi kategori CP125. Arash juga telah mengambil tempat ketiga secara keseluruhan bagi kategori Yamaha Petronas Super Series.

Bagi tiga pusingan terakhir, beliau telah menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing untuk bersaing dalam kategori Wira KBS. Kelebihan Arash terserlah dengan kemampuannya memahami dan mengendalikan jentera berbeza sepanjang musim lepas, namun musim ini agak berbeza di kategori yang agak hebat persaingannya.

BACA >>> Litar Sepang (SIC) Tutup Mac Ini untuk Turap Semula Selekoh 7, 8 dan 9
BACA >>> Kalendar Petronas Cub Prix Malaysia 2023 Didedahkan, Masuk Usia Tiga Dekad Tahun Depan!

CP125 Cub Prix Malaysia motosikal Petronas race
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.