Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PETRONAS Auto Expert Pertama di Malaysia, Pusat Servis Profesional untuk Semua Jenis Kereta
Auto Terkini

PETRONAS Auto Expert Pertama di Malaysia, Pusat Servis Profesional untuk Semua Jenis Kereta

Han OthmanBy Han Othman22/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petronas Auto Expert Autohaus KLPETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dan PETRONAS Lubricant International (PLI) hari ini melancarkan pusat servis automotif PETRONAS Auto Expert pertama di Malaysia dan dunia, iaitu pusat servis kereta yang menawarkan penyelengaraan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Pelancaran ini ialah strategi global PLI ini dalam usaha memberi perkhidmatan lengkap di bawah satu bumbung dengan membawa bersama kepakaran teknikal PETRONAS Fluid Technology®.

Ini juga premis pertama daripada 100 pusat servis yang dirancang dibuka di Malaysia dan juga bakal dibuka di lebih 30 negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia diselenggara rakan domestik, Autohaus yang berpengalaman luas dalam memberikan perkhidmatan penyenggaraan kenderaan.

Petronas Auto Expert Autohaus KL

SERVIS BERKUALITI TINGGI

Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pembukaan PETRONAS Auto Expert akan memberikan perkhidmatan servis kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan yang selalunya dikaitkan dengan pusat servis di bawah waranti pengeluar.

“PETRONAS sentiasa berusaha memberikan kepuasan kepada pelanggan tanpa mengira jenis dan model kereta yang di hantar ke pusat servis kami,” katanya.

Di PETRONAS Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya daripada pasukan pakar mekanik terlatih berserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya. Sebanyak 14 ruang servis disediakan untuk memberi kemudahan, terutama pada waktu puncak.

Memiliki keluasan 14,000 kaki persegi, PETRONAS Auto Expert mampu menyenggara sehingga 40 unit kenderaan sehari yang terdiri daripada pelbagai jenama. Ia juga merupakan pusat sehenti buat mereka yang ingin menyenggara kereta.

Dengan menyertai rangkaian PETRONAS Auto Expert, bengkel seperti Autohaus dapat mengakses sistem, peralatan, teknologi terkini, latihan berkala sepenuhnya, konsultansi, program pemasaran dan sudah tentu kaitan dengan nama PETRONAS selaku jenama global terkemuka.

Pelancaran PETRONAS Auto Expert disempurnakan Syed Zainal bersama Ketua Perniagaan Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin, CEO PLMM, Hardeep Singh dan Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.

GALERI

Petronas Auto Expert Autohaus KL
Petronas Auto Expert Autohaus KL
Auto Terkini Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Petronas PETRONAS Auto Expert PETRONAS Fluid Technology® PETRONAS Lubricant International (PLI) PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) pusat servis Pusat Servis Petronas
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026

1 Comment

  1. Chong on 22/04/2019 17:42

    any address?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.