Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia – Harga RM460k
Roda4

Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia – Harga RM460k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Supra melakukan debut global pada Januari lalu yang seperti kita tahu, model sport itu berkongsi aspek mekanikal sama dengan BMW Z4. Kami difahamkan UMW Toyota Motor akan membawa masuk Supra ke Malaysia, cuma bilakah masanya masih belum diketahui.

Bagaimanapun, BMW Group Malaysia (BGM) terlebih dahulu membawa masuk BMW Z4 ke pasaran tempatan.

HARGA RM460k

Pasaran Malaysia didatangkan dengan pilihan Z4 sDrive30i M Sport yang dijual pada harga RM460,000 dalam pilihan warna merah, biru, hitam dan putih.

Jika mengambil pelan kewangan ‘Balloon Financing Plan’ ditawarkan Perkhidmatan Servis Kewangan BGM, model roadster itu boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula RM5,248 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh 5 tahun).

BACA >>> Roadster BMW Z4 Serba Baharu Tunjuk Muka Sebelum Debut Rasmi Bulan Depan

ASPEK MEKANIKAL

BMW Z4 dan Toyota Supra serba baharu dijana asas enjin sama jenis 6 sebaris 3.0L pengecasturbo Twin-Scroll berkuasa 335hp dan tork 495Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang dihantar ke sistem pacuan roda belakang (RWD). Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 4.1 saat dengan bantuan kawalan luncur (untuk model M40i).

Bagaimanapun, BMW Z4 lebih berkuasa daripada Supra dengan angka kuasa 382hp dan tork 500Nm. Mungkin lebihan kuasa seperti itu sengaja Toyota simpan untuk Supra versi TRD atau GR.

BACA >>> Foto Rasmi Toyota Supra (2020) Bocor Sebelum Debut Detroit

Bagi varian Z4 30i versi Malaysia, model ini dijana enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo berkuasa 258hp dan tork 400Nm. Pecutan 0-100kmj boleh dilakukan dalam tempoh 5.4saat dengan kelajuan maksimum 250kmj, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi ZF 8-kelajuan.

EKSTRA SAIZ

Dimensi roadster premium ini dipertingkat dengan saiz panjang bertambah 85mm kepada 4,324mm, lebar +74mm (1,864mm) dan tinggi +13mm (1,304mm). Padanan bunga tayar luas dan jarak roda pendek menawarkan pengendalian dinamik dan lincah.

Elemen klasik Z4 pada rupa depan diserlahkan menerusi rekaan gril ginjal @ kidney yang sofistikated, manakala lampu depan LED tampil seakan mata jerung dengan strip lampu siang (DRL) LED di bahagian dalam.

BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) ‘Tapau’ di Litar Nurburgring

Bahagian belakang, lampu 3D tirus bersama rekaan spoiler bersepadu memberikan profil rendah. Ruang but dan pintu lebih besar, serta ruang simpanan tambahan belakang kerusi sangat praktikal buat penumpang.

KOKPIT BERPAKSIKAN PEMANDU

Ruang kabin didatangkan dengan dua kerusi sport bersama bumbung kanvas boleh dilipat. Seperti model BMW lain, sistem  ‘BMW Live Cockpit Professional’ diketengahkan menerusi posisi strategik pada paras bersesuaian dengan paparan informasi skrin sentuh memberikan maklumat secara terus dan jelas kepada pemandu.

BACA >>> BMW 3 Series Generasi ke-7 Kini di Malaysia, Harga RM328,800

BMW Z4 baharu juga menampilkan kunci digitai BMW Digital Key yang membolehkan pemandu mengakses kereta menggunakan telefon pintar Android. Menerusi teknologi Near Field Communication (NFC) kereta boleh dikunci dan dibuka hanya menggunakan telefon pintar. Tidak ketinggalan, turut tersedia tawaran sistem Bantuan Parkir Pintar dan Bantuan Undur yang memudahkan operasi parkir.

GALERI
BMW BMW Group Malaysia BMW Group Malaysia (BGM) BMW Z4 (2019) BMW Z4 M40i BMW Z4 roadster BMW Z4 sDrive30i M Sport Roda4 Toyota Supra 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.