Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
Auto Terkini

Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!

Han OthmanBy Han Othman13/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Aruz memasuki pasaran eksport pertamanya, Singapura yang dijual pada harga masa pelancaran S$92,999 (RM286,409), termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sijil kelayakan (COE).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Aruz ialah kenderaan tujuh-kerusi pertama ditawarkan Perodua di Singapura.

Menurutnya;

Dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancaran pada 2019, Aruz ialah SUV terlaris Malaysia pada 2019 dan 2020. Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz,  antaranya ruang luas, tahap keselamatan tinggi, serba boleh, praktikal dan cekap bahan api, dengan jiran selatan kita.”

Berikut perincian mengenai Aruz versi Singapura:

  • Dijana enjin 4-silinder 1.5L Dual VVT-i dengan blok aluminium dan dipadankan transmisi automatik kawalan elektronik serta ciri Eco Idle untuk kecekapan bahan api hingga 15.6km per liter.
  • Menawarkan konfigurasi 60:40 untuk kerusi barisan kedua, dan 50:50 untuk barisan ketiga 50:50 yang boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk pelbagai tetapan mengikut kegunaan semasa.
  • Dilengkapkan ciri keselamatan seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX dan enam beg udara dengan mendapat rating keselamatan 5-bintang daripada Asean NCAP.
  • Ciri lain ialah lampu depan LED, rim aloi dwi-tona 17 inci, entri dan sistem penghidup enjin tanpa kunci (keyless), dan unit infotainment skrin sentuh dengan paparan kamera undur.

Di Singapura, Aruz dijual Perocom Auto Pte Ltd di pusat jualan dan servis di Ubi. Wakil pengedar tunggal sah itu sudah beroperasi di negara jiran tersebut sejak 1997 dengan memasarkan pelbagai model Perodua seperti Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama dan ketiga, Viva, Axia dan Bezza.

Selain Singapura, Perodua juga mengeksport kenderaan ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (dijual sebagai Daihatsu Sirion).

BACA >>> Inilah 6 Sebab Kenapa Perodua Aruz Berbaloi Dimiliki
BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perocom Auto Pte Ltd Perodua perodua aruz Perodua Singapura Roda4 Singapura SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.