Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua, Tourism Malaysia Jalin Kerjasama Teroka Potensi Pasaran Eksport Baharu
Auto Terkini

Perodua, Tourism Malaysia Jalin Kerjasama Teroka Potensi Pasaran Eksport Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA menandatangani memorandum kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membantu industri pelancongan tempatan.

Perjanjian tiga tahun bermula 2024 hingga 2026 itu membolehkan Perodua menikmati manfaat untuk terus berkembang dalam sektor automotif tempatan dan juga eksport kelak.

TIGA MANFAAT UTAMA

Pertama, Perodua dapat menikmati akses maklumat dan perolehan data daripada Tourism Malaysia yang boleh digunakan untuk mencari potensi pasaran eksport kenderaan.

Kedua, Perodua dapat meneruskan dan menambah baik aspek promosi serta penjenamaan produk kenderaan secara langsung kepada pelancong asing serta mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Ketiga, Perodua berpeluang meluaskan cabang perniagaan langganan kenderaan kepada agensi pelancongan yang kemudian ditawarkan untuk kegunaan pelancong tempatan dan asing.

PAKEJ PELANCONGAN PERODUA-TOURISM MALAYSIA

CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar

Pajakan atau langganan kenderaan ada kaitan rapat dengan projek pakej pelancongan baharu yang bakal ditawarkan menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Kerjasama ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Yang pertama, di Perodua, kita mementingkan aspek keselamatan dan sebagainya. Jadi sebelum kembara, perjalanan domestik khususnya, dia kena datang ke Perodua untuk servis kenderaan dan sebagainya.

“Sebaga permulaan, cawangan kami akan mempromosikan Cuti-Cuti Malaysia supaya orang faham tentang perjalanan domestik.

“Bila kita bekerjasama dengan Tourism Malaysia, nanti… sebagai contoh… kita mungkin akan memperkenalkan satu pakej produk end-to-end.

“Misalnya, anda tiba ke Malaysia dari luar negara dan anda boleh ke Kota Bharu dengan menaiki penerbangan, pengangkutan disediakan dan penginapan ada dalam pakej (sama).

“Kami juga sedang melihat kepada kerjasama seperti ini. Jadi bila pelancong datang, mereka akan nampak agak mudah untuk perjalanan domestik dan merasai produk unik Malaysia iaitu kenderaan jenama kami.”

Mengenai bilangan kenderaan yang akan disediakan untuk program dan pakej tersebut, beliau menyatakan perincian itu masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata;

Ia bergantung kepada produk tetapi, kami sekarang masih sedang memuktamadkannya. Kami ada memperuntukkan sejumlah kenderaan untuk memulakannya.

“Apa diharapkan, produk pakej itu akan bertambah dari semasa ke semasa. Buat masa ini, saya tidak boleh beri jumlah sebenar kenderaan yang akan digunakan.”

MOBILITY AS A LIFESTYLE

Zainal juga menjelaskan Perodua juga mahu mempromosikan konsep Mobility as A Lifestyle.

Orang biasa mempromosi mobiliti sebagai servis tapi bagi kami, mobility as a lifestyle. Mari jadikan ini satu gaya hidup Malaysia.”

Melihat di sebalik perkembangan terbaharu itu, Perodua bukan sekadar mahu merangkul erat gelaran jaguh Malaysia yang disandang selama ini, tetapi bersedia meluaskan penerokaan pentas global.

Auto Terkini Perodua Perodua Eksport Roda4 Tourism Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.