Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah 2023 kepada Pemilik Axia, Bezza Hingga 15 Mei Ini
Auto Terkini

Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah 2023 kepada Pemilik Axia, Bezza Hingga 15 Mei Ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA memperkenalkan pakej servis khas kepada pemilik Axia dan Bezza dalam usaha mengurangkan impak kenaikan harga barang dan pada masa sama mempromosi perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan terbaik menjelang sambutan Aidilfitri.

Pakej servis khas itu adalah maklum balas kepada Pakej Auto Rahmah yang baru dilancarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program ‘Payung Rahmah’ yang bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung rakyat.

Kempen servis khas itu, yang dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, terdiri daripada diskaun 30 peratus untuk jumlah keseluruhan dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Bagi melayakkan diri dalam kempen tersebut, pemilik Axia dan Bezza dikehendaki membuat janji temu di Pusat Servis Perodua berdekatan yang mana kempen berlangsung bermula 12 April hingga 15 Mei ini. (Tertakluk kepada Terma dan Syarat). 

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemilikan kenderaan kini menjadi satu keperluan bagi kebanyakan orang. Justeru kos pemilikan kenderaan seperti pinjaman, perbelanjaan bahan api, tol dan penyelenggaraan juga menjadi antara komponen utama perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia.

Beliau berkata;

MITI sangat berbesar hati kerana Perodua menyahut saranan Kerajaan menerusi Pakej Auto Rahmah 2023 yang menawarkan diskaun penyelenggaraan kenderaan di Pusat Servis rasmi.

“Kami harap jenama kenderaan lain juga akan turut mengikuti langkah Perodua bagi membantu memastikan keselamatan pemilik kenderaan dan mereka tersayang ketika di jalan raya, terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Adalah menjadi keutamaan Kerajaan mencari kaedah terbaik dalam mengurangkan kesan kenaikan harga dan MITI sedang memanfaatkan peranannya untuk mencapai objektif itu.”

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 adalah dikhaskan kepada pelanggan Axia dan Bezza yang membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa sama mengurangkan kos sara hidup.

MITI sentiasa menjadi penyokong terbesar kami dan kini sedang bekerjasama dengan kami dalam merealisasikan diskaun servis khas ini,” katanya.

Menurut Zainal Abidin, Axia dan Bezza adalah model Perodua paling popular dan digunakan meluas sebagai mod pengangkutan utama pelanggan pengeluar nasional itu. Justeru Perodua ingin memastikan usaha dibuat dapat dinikmati golongan sasar dan memberikan ketenangan ketika memandu.

Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah,” tambah Zainal.

BACA >>> CEO: Tiada Perodua Bezza (2023) Baharu, Tahun Ini Cuma Ada Axia
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Ada Pantang Sebelum 1,000km, Jangan Lenjan Saja!

Auto Terkini axia Bezza MITI pakej Pakej Auto Rahmah Pakej Auto Rahmah 2023 Payung Rahmah Perodua Perodua Auto Rahmah 2023 servis Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.