Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Buka Tempahan Alza Serba Baharu (2022), Harga Mula RM62k!
Auto Terkini

Perodua Buka Tempahan Alza Serba Baharu (2022), Harga Mula RM62k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA membuka tempahan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Alza Serba Baharu yang akan ditawarkan dalam tiga varian pilihan: X, H dan AV berserta dua warna baharu.

Harga tentatif Alza baharu bermula serendah RM62,000 seunit, tidak termasuk insurans dan cukai jualan. Berikut perincian model MPV baharu itu:

BACA >>> Bukan Bulan Ini, Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu Tangguh ke Julai 2022?
BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

WARNA

Ada lima ditawarkan, termasuk dua warna baharu, iaitu:

  • Ivory White (putih)
  • Glittering Silver (perak)
  • Garnet Red (merah)
  • Elegant Black (hitam) – warna baharu
  • Vintage Brown (cokelat) – warna baharu

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama Alza Serba Baharu!

HARGA

  • Harga tentatif bermula serendah RM62,000 hingga RM75,000 (Malaysia Barat),
    tanpa insuran dan belum dikira cukai jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Alza Serba Baharu menawarkan ruang lebih luas untuk penumpang dan pada masa sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana MPV tersebut direka khas untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.

Beliau berkata;

Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak pelanggan, dan Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu.

“Salah satu permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan lebih baik, dan untuk itu, kami menambah baik jarak tinggi bumi (ground clearance) Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ia ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan bagi sebuah MPV.”

Zainal turut mendedahkan serba sedikit mengenai keistimewaan Alza Serba Baharu:

  • Ruang lebih besar berbanding model terdahulu, terutama tempat duduk baris ketiga
  • Ada unit penyaman udara bahagian belakang
  • Kecekapan bahan api dipertingkat dengan anggaran penggunaan 22km per liter, antara terbaik dalam segmen MPV.
  • Kapasiti but 137 liter, dan boleh dipertingkat hingga 498 liter apabila merebahkan kerusi barisan ketiga.

Mengenai aspek keselamatan, Zainal menjelaskan:

  • Varian AV (paling premium),  X dan H  hadir dengan 6 beg udara
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu Perodua Smart Drive Assist (PSDA), terdiri daripada empat kategori:
    • Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A)
    • Bantuan Pemandu
    • Bantuan Tempat Letak Kereta
    • Bantuan Lampu Depan

Juga memiliki beberapa ciri terkini Perodua seperti:

  • Pandangan Panoramik 360⁰
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan Brek Pegun Auto (AHB)
  • Brek cakera belakang
  • Mod pandu: Normal, Eco dan Power

Ciri Keselamatan Standard

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dengan Bantuan Brek (BA) dan sensor belakang
  • Dilengkapi A.S.A untuk semua varian, terdiri daripada Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), Bantuan Brek Pra-Pelanggaran (PCBA) (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Kawalan Operasi Salah-Pedal, Amaran Kereta Depan Gerak

Bonus Ciri Teknologi

Semua varian dilengkapkan sistem Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Cegah Keluar Lorong (LDA). Sebagai bonus, setiap varian dilengkapi ciri  Bantuan Lampu Utama Tinggal Kereta (Leaving Home Headlamp Assist) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Tempahan boleh dibuat menerusi 188 bilik pameran Perodua seluruh negara atau laman web Perodua.

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama Alza Serba Baharu!
BACA >>> Tiada Turbo, Tiada Transmisi Manual untuk Perodua Alza Serba Baharu!

CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad Datuk Zainal Abidin Ahmad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ETS Rawang
    Auto Terkini

    Loke Umum Diskaun 30 Peratus Tiket ETS, ERT Mula 15 April 2026

    14/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    14/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Tempatkan Polis di 151 Stesen Minyak Berisiko Tinggi

    14/04/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    14/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.