Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Axia (2019) Lancar – 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k
Auto Terkini

Perodua Axia (2019) Lancar – 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA rasmi memperkenalkan model hatchback segmen-A paling laris, Axia (2019) ke pasaran tempatan yang didatangkan dengan enam pilihan varian pada harga bermula RM24,090.

Berikut 5 perkara yang perlu anda tahu tentang Axia (2019):

1. ADA 6 PILIHAN VARIAN

  • E (MT) – RM24,090
  • G – RM33,490
  • GXtra – RM34,990
  • SE – RM38,890
  • Style (varian baharu) – RM38,890
  • AV – RM43,190

* Harga atas jalan sebelum insurans

2. VARIAN BAHARU – AXIA STYLE

Axia (2019) turut memperkenalkan satu varian baharu, dinamakan Style dengan rekabentuk ala crossover yang dibezakan menerusi rekabentuk bampar depan dan belakang gaya lasak dengan kit plat skid, pelapik (cladding) gerbang roda, lampu belakang jernih, rel bumbung, spoiler belakang, skirt sisi sporty dan rim aloi 5 jejari 15 inci.

Varian baharu ini juga didatangkan dengan warna eksklusif  Sunrise Orange (jingga). Ruang kabin dilengkapkan butang tekan hidup (push start-stop), panel instrumen, kombinasi meter iluminasi putih, dan kerusi semi-buket.

3. BEZA CIRI  IKUT VARIAN

  • Axia E (MT): Panel instrumen, meter kombi (iluminasi amber), ISOFIX, dua beg udara SRS.
  • Axia G: Sistem audio dengan USB, meter kombi (iluminasi amber), poket kerusi belakang, tempat simpan pelbagai guna, kunci dengan alat kawalan jauh bersepadu, wiper belakang, rim aloi 14 inci.
  • Axia GXtra: Sistem audio dengan USB, sensor undur, cermin sisi boleh lipat, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), kerusi standard (jenis Mid).
  • Axia Style: Sistem audio dengan USB, meter kombi (iluminasi putih), kunci pintar dengan punat tekan mula (push start), kerusi semi-buket, rim aloi 15 inci.
  • Axia SE: Sistem audio dengan USB dan Bluetooth, cermin gelap dengan filem sekuriti dan solar, sensor tepi depan, cermin sisi boleh lipat dengan indikator signal belok, kerusi semi-buket (jenis SE), rim aloi 14 inci.
  • Axia AV: Sistem multimedia dengan navigasi dan Smart Link,  sistem bantuan pemandu Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A 2.0), kamera undur dan rim aloi 14 inci.

4. SISTEM BANTUAN KESELAMATAN TERMAJU (A.S.A 2.0)

Menariknya Axia (2019) turut didatangkan dengan versi baharu sistem Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A 2.0), terdiri daripada ciri keselamatan:

  • Pengesan Pejalan Kaki – kelajuan hingga 50kmj
  • Amaran Pra Pelanggaran (PCW) – kelajuan hingga 100kmj
  • Brek Pra Pelanggaran (PCB) – kelajuan hingga 80kmj
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Salah Pedal

* A.S.A 2.0 ditawarkan untuk varian AV sahaja.

Selain itu, varian bermula GXtra dan ke atas kini dilengkapkan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi (TRC), manakala semua varian kecuali varian E (manual) didatangkan standard dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Ciri ISOFIX juga standard untuk semua varian, manakala varian SE dan AV mendapat tambahan cermin gelap (tinted) dengan filem sekuriti dan solar.

5. ENJIN KEKAL SAMA – 1.0L VVT-i

Axia (2019) baharu masih mengekalkan enjin 1.0L VVT-i yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Enjin ini mampu menjana kuasa 67hp @ 6,000rpm dan tork 91Nm @ 4,400rpm. Semua varian didatangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan E-AT, kecuali E sebagai satu-satunya varian manual 5-kelajuan.

Setiap pembelian akan mendapat pakej waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu).

GALERI
hatchback segmen-A Perodua Perodua Axia (2019) Perodua Axia (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.