Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Aruz – SUV 7-Kerusi Bakal Buka Tempahan? Harga RM70k Hingga RM80k?
Auto Terkini

Perodua Aruz – SUV 7-Kerusi Bakal Buka Tempahan? Harga RM70k Hingga RM80k?

Abang GYLBy Abang GYL02/01/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAK gaya pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Perodua semakin hampir apabila brosur tempahan awal model itu kini sedang berlegar di media sosial. Menariknya, brosur itu siap memaparkan nama model SUV berkenaan – Perodua Aruz.

Perodua Aruz, yang bakal menggantikan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza, sebenarnya ialah model rebadge daripada Toyota Rush. Bagaimanapun, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu bakal diberikan sentuhan kosmetik supaya sesuai dengan identiti pengeluar nasional kedua itu.

Berdasarkan brosur, SUV 7-kerusi itu hadir dengan konfigurasi tempat duduk fleksibel. Jika melihat contoh yang ada pada model Toyota Rush (gambar bawah), tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh dilipat rata sepenuhnya.

BACA >>> Perodua Siar Video Acah Pertama SUV Baharu, Ada 6 Beg Udara dan Teknologi A.S.A 2.0

Ciri keselamatan Aruz akan dilengkapkan 6 beg udara yang boleh diandaikan 4 unit untuk penumpang depan (2 depan dan 2 sisi), dan 2 unit beg udara tirai yang memanjang untuk penumpang depan. Menariknya, SUV ini turut dibekalkan ciri bantuan pemandu, dinamakan Bantuan Keselamatan Termaju @ A.S.A versi 2.0, iaitu dengan pengesan pejalan kaki.

Aruz akan menggunakan enjin teknologi Dual VVT-i bersesaran 1.5L dengan sistem ‘Eco Idle’, yang melayakkan model ini mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Malah, menurut Perodua, tahap ekonomi bahan api SUV ini ialah terbaik dalam kelasnya, iaitu 15.6km/liter.

Persoalannya, berapakah harga bakal diletakkan Perodua untuk model SUV yang bakal hangat ini? Kami jangka harga pengenalan sekitar RM70,000 hingga RM80,000.

Setuju? Berminat?

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

* Foto ialah hasil ilustrasi pereka grafik The Ajerul, bukan imej rasmi Perodua.

perodua aruz
Harga SUV Perodua
enjin perodua aruz harga perodua aruz perodua aruz perodua aruz suv suv perodua aruz
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Ramlan bin Hassan on 02/01/2019 22:27

      Nak order

      Reply
    2. Raziah zainal on 06/02/2019 07:52

      Berminat

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.