Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua Operasi 16 Mac Ini (Khamis)
Auto Terkini

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua Operasi 16 Mac Ini (Khamis)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Dua dijadualkan memulakan operasi pada 16 Mac 2023 (Khamis ini), membabitkan laluan sepanjang 40.2km dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.

Laluan Fasa Dua itu melibatkan beberapa lokasi atau stesen hot spot seperti Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park dengan perkhidmatan stesen pertukaran antara laluan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, MRT Kajang dan monorel.

BACA >>> RapidKL Mohon Maaf, Tekanan Udara Rendah Punca MRT Laluan Kajang Terjejas
BACA >>> MRT Uji Laluan Putrajaya Fasa 2 Bulan Depan

MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua itu akan dibuka kepada pengguna seawal jam 3 petang pada 16 Mac ini selepas dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara keseluruhan, MRT Putrajaya melibatkan laluan sepanjang 57.7km dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral dengan 36 stesen, termasuk sembilan stesen bawah tanah dan 49 set tren.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu sudah dibuka kepada pengguna sejak 16 Jun tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, semua tren laluan MRT Putrajaya menggunakan tahap automasi empat (GoA4), iaitu tren kawalan automasi tanpa penggunaan sumber manusia. Sistem automasi itu dilengkapi teknologi terkini yang dikawal sepenuhnya dari pusat kawalan di Sungai Buloh.

Beliau berkata;

Apabila kita menggunakan sistem automatik, macam guna robotik, kita perlu memastikan kemahiran yang ada pada individu mengendalikan sistem itu berada pada tahap optimum.”

Stesen Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat Institut Urologi dan Nefrologi dilengkapi kemudahan eskalator, tangga tidak terlalu tinggi dan lantai bergerak (travelator) seperti terdapat di terminal lapangan terbang.

Mohd Zarif berkata, itu antara inisiatif mesra rakyat di stesen berkenaan selepas mengambil kira kepentingan pengguna, khususnya pesakit yang akan ke HKL.

Menurutnya, kaedah pembayaran tanpa tunai menggunakan kad Touch n’ Go juga mungkin diperluas menerusi penggunaan kad kredit dan kad debit, tetapi belum diaplikasikan buat masa ini.

Bagaimanapun, pembinaan mesin pembayaran di stesen MRT sudah dilengkapi sistem transaksi pembayaran menggunakan kad ATM atau jam tangan pintar bagi penggunaan pada masa depan.”

Seramai 104,000 pengguna harian dijangka memanfaatkan laluan MRT Putrajaya yang menelan belanja RM30.53 bilion.

BACA >>> MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen
BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Mohd. Zarif Hashim Datuk Seri Anwar Ibrahim MRT MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.