Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Percuma Kurma dan Pek Berbuka untuk Pengguna LPT Sepanjang Ramadan!
Auto Terkini

Percuma Kurma dan Pek Berbuka untuk Pengguna LPT Sepanjang Ramadan!

Abang HirataBy Abang Hirata31/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Meneruskan tradisi Ramadan, ANIH Berhad selaku pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma secara percuma kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang waktu berbuka puasa.

Pek buah kurma itu akan diedarkan setiap hari selama sebulan bermula hari pertama Ramadan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

NIK FAUZI NIK HUSSEIN

Sebagai tambahan kepada edaran pek buah kurma, Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan turut mengedarkan 3,000 pek juadah makanan percuma di kawasan Rehat & Rawat (R&R) terpilih.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pengedaran juadah dan pek makanan percuma tersebut ialah inisiatif syarikat untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadan selain merapatkan ukhuwah dan tanda penghargaan kepada pengguna LPT.

Jadual Agihan Kurma di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak:
  • Tarikh mula – Sabtu, 27 Mei 2017 (1 Ramadan 1438 Hijrah)
  • Masa – 7.00 malam hingga 7.45 malam
Jadual Agihan Pek Juadah Berbuka:
  • Nasi, lauk, air mineral dan kurma
  • Diagihkan mengikut satu kaunter pandu lalu khas
  • Waktu – 6.30 petang hingga 7.45 malam
  • Lokasi – 2 di R&R Genting Sempah (2 dan 16 Jun) dan R&R Temerloh (9 Jun)
  • Jumlah – 1,000 pek setiap kali edaran

SUMBANGAN MOREH DAN JUADAH BERBUKA

ANIH Berhad juga tidak melupakan golongan memerlukan, terutama anak yatim dan golongan tidak berkemampuan untuk sama-sama menghayati kedatangan Ramadan kali ini dengan memberi sumbangan RM5,000 untuk juadah moreh kepada 10 surau dan masjid sepanjang jajaran KLK dan LPT 1.

Selain itu, sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), ANIH Berhad turut menyumbang RM2,000 untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di Kuantan dalam bentuk juadah berbuka puasa.

ANIH Berhad Auto Terkini KLK Lebuhraya Pantai Timur LPT 1 Plaza Tol Gombak Plaza Tol Karak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.