Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
Autotainment

Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEGMEN sportbike bawah 200cc atau dipanggil aras mula sudah lama berkembang di Malaysia walaupun jauh lebih perlahan berbanding supermoped. Malah jurang kapasiti enjin dan harga antara sportbike dan supermoped kini semakin rapat dan tidak banyak berbeza. Apapun, setiap segmen ada peminat tersendiri.

GPX Demon GR200R (2021) ialah model paling baharu yang menyertai liga sportbike 200cc. Ketibaan motosikal jenama Thailand itu akan bersaing dengan model popular tempatan seperti Modenas Pulsar RS200 dan Yamaha YZF-R15 yang juga baru tampil dengan versi terkini tahun ini.

Mari kita bandingkan ketiga-tiga model sportbike aras mula itu:

SPESIFIKASI

Berikut jadual spesifikasi antara R15, Pulsar RS200 dan Demon GR200R:

Setiap trenkuasa motosikal memiliki karakter tersendiri yang mungkin memberikan sudut pandangan berbeza kepada bakal pembeli.

Pulsar RS200 mendahului jumlah kuasa kira-kira 5hp lebih tinggi berbanding dua pencabar terdekat. Produk edaran Modenas itu juga ada lebihan kapasiti enjin 1.5cc berbanding Demon GR200R.

Demon GR200R pula ada lebihan kapasiti 42.9cc berbanding R15, tetapi kedua-dua model itu menghasilkan jumlah kuasa sama, iaitu 19hp. Ini kerana trenkuasa R15 didatangkan dengan teknologi dan mekanikal yang lebih maju daripada Pulsar RS200 dan Demon GR200R, iaitu injap pemasaan variabel dipanggil VVA (Variable Valve Actuation) dan klac antigelincir A&S (Assists & Slipper).

REKABENTUK

Aspek rekabentuk sesebuah motosikal bersifat subjektif dan berbeza mengikut cita rasa individu. Melihat ketiga-tiga model ini, Demon GR200R memiliki rekabentuk depan dan belakang paling agresif.

Garis badan dan lekuk tajam pada fairing depan hingga belakang menyerlahkan gaya maskulin Demon GR200R. Imej sporty pula diserlahkan dengan pelana terpisah selain rekaan ekzos yang lebih menonjol.

YZF-R15 masih meminjam bahasa rekabentuk model abang besar dalam famili R (R1 hingga R6). Pulsar RS200 pula bergaya sport touring yang dapat dikesan pada posisi hendal tinggi.

Fork USD YZF-R15
Fork USD Demon GR200R

YZF-R15 dan Demon GR200 ada nilai tambah fork terbalik (USD) berwarna emas berbanding komponen teleskopik standard pada Pulsar RS200 yang nampak ketinggalan.

Demon GR200 dilengkapi set lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok, lampu siang (DRL) dan lampu belakang yang memberikan suluhan lebih terang ketika menunggang malam. Keberkesanan lampu LED ini belum diuji, tetapi sekadar jangkaan untuk motosikal yang menggunakan teknologi sama.

PENGENDALIAN DAN KESELAMATAN

Posisi duduk Pulsar RS200 lebih menegak (model contoh Bajaj).

Posisi bar hendal, peg kaki, pelana dan tangki minyak YZF-R15 dan Demon GR200R akan membuatkan posisi tunggangan jadi sedikit membongkok. Memang ergonomik sportbike direka begini untuk mendapatkan ekstra kelajuan dan efek aerodinamik.

Bagaimanapun, kelemahan posisi tunggangan ini adalah penunggang cepat rasa penat dan lenguh badan dan tangan, terutama ketika menunggang dalam bandar dan situasi lalu lintas sesak yang memerlukan kita banyak bermain dengan tuil klac dan brek.

Posisi duduk Yamaha YZF-R15 (kiri) dan GPX Demon GR2002 lebih membongkok atau menjunam ke depan.

Jadi di sini, Pulsar RS200 ada kelebihan berbanding sportbike Yamaha dan GPX kerana rekabentuk casis seperti sport touring yang memberikan lebih keselesaan dengan postur badan lebih menegak.

Ini secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada penunggang untuk membrek lebih yakin dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan. Mungkin lebih sesuai untuk penunggang baharu.

Walaupun YZF-R15 tiada ciri ABS, tetapi keupayaan membrek model ini tidak harus dipandang remeh. Jangan terkejut jika ia jauh lebih baik berbanding model yang dilengkapi ABS atau brek jenis gabung CBS (Combined Braking System). Bagaimanapun, ini pandangan peribadi sendiri.

Demon GR200R menggunakan unit brek cakera yang lebih kecil berbanding dua model pesaing lain. Apapun, kita tunggu peluang tunggang uji untuk buat perbandingan lebih adil.

BACA >>> GPX Malaysia Lancar Sportbike Demon GR200R (2021), Harga RM11.3k!
BACA >>> HLYM Perkenal Warna Baharu Yamaha YZF-R15 (2021), Harga Kekal RM11.9k
BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Versi Naik Taraf Kini Tiba di Pengedar Terpilih, Harga Kekal Sama

autotainment GPX Demon GR200R Modenas modenas pulsar RS200 perbandingan roda2 Yamaha YZF-R15
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.