• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Pulsar RS200 (2021) Versi Naik Taraf Kini Tiba di Pengedar Terpilih, Harga Kekal Sama

Modenas Pulsar RS200 (2021) Versi Naik Taraf Kini Tiba di Pengedar Terpilih, Harga Kekal Sama

March 29, 2021 By Brader Shawn Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS mengumumkan streetbike Pulsar RS200 (2021) versi naik taraf kini sudah boleh didapati menerusi rangkaian pengedar rasmi seluruh negara bermula hari ini pada harga asas RM9,990, tanpa insurans dan cukai jalan.

Ada tiga pilihan warna baharu ditawarkan, iaitu Pearl Metallic White (putih), Pewter Grey (kelabu) dan Burnt Red (merah) yang didatangkan dengan grafik baharu lebih segar. Modenas mengesahkan stok motosikal baharu sudah dihantar kepada sejumlah pengedar terpilih sejak semalam.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Kini Warna, Grafik Baharu dengan Rim Putih, Harga RM9.9k

Pulsar RS200 (2021) dipasang di kilang Modenas di Gurun dan dipacu enjin DTS-i 4-lejang 4-injap SOHC penyejukan cecair berkuasa  24hp dan tork 18.6Nm. Sistem henti motosikal popular ini menggunakan brek cakera 300mm pada roda depan dan cakera 230mm di belakang yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Kapasiti tangki minyak ialah 13 liter.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan mengesahkan harga varian naik taraf 2021 ini kekal sama seperti model sebelumnya. Maklumat mengenai senarai pengedar rasmi yang menawarkan model Pulsar RS200 (2021) boleh layari www.modenas.com.my.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200, Dominar D400 Turun Harga!
BACA >>> Perbandingan: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R15, Mana Sesuai Jentera Harian?

Artikel Berkaitan

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, harga modenas pulsar rs200, Modenas Pulsar RS200 (2021), Modenas Superbike RS200, Pulsar RS200 Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my