Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?
Autotainment

Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/09/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA boleh dikatakan memiliki model sportbike 150cc 4-lejang paling selesa di pasaran Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kelebihan itu dapat dinikmati disebabkan YZF-R15 tiada pencabar terdekat.

Bagaimanapun, keadaan nampaknya akan berubah apabila Honda tampil dengan model CBR150R (2021). Dua lagi jenama Jepun, Suzuki dan Kawasaki pula sudah lama ‘ghaib’ dalam segmen tersebut. Apa yang tinggal cuma Modenas menerusi Pulsar Rs200 dan GPX Demon GR200R yang pastinya tidak segah jenama dari Jepun.

Akhirnya, suka atau tidak, kita terpaksa juga mengakui pencabar Yamaha tetaplah Honda untuk saingan sportbike aras mula di Malaysia. Setuju?

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Honda CBR150R ABS (2021), Harga Mula RM12,499
BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Mari kita perincikan perbezaan dua model sportbike 150cc itu:

SPESIFIKASI

Berikut perbandingan spesifikasi antara Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R:

Trenkuasa kedua-dua model ada perbezaan ketara. YZF-R-15 memiliki 6cc lebih besar berbanding CBR150R. Bagaimanapun, enjin Honda menggunakan teknologi DOHC yang mungkin nampak lebih menyakinkan, terutama untuk tunggangan jarak jauh, tetapi melibatkan lebih banyak komponen.

Lebih banyak komponen bermakna lebih banyak kos perlu ditanggung jika rosak.

Melihat pada output kuasa, R15 sememangnya mendahului CBR150R dalam kedua-dua aspek kuasa dan tork disebabkan lebihan kapasiti enjin. R15 menawarkan output 3hp lebih berkuasa daripada CBR150R. Kedua-dua model menggunakan transmisi sama, iaitu jenis manual 6-kelajuan dengan dilengkapkan sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).

BACA >>> 28 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta kepada GPX Demon 150GR

Mengenai dimensi, CBR150R lebih kecil, tetapi lebih berat 2kg berbanding R15. Antara penyebab lebihan berat, sportbike Honda itu memiliki tangki petrol berkapasiti 12 liter, iaitu ekstra 1 liter berbanding jentera Yamaha. Lagi, R15 menggunakan swingarm aluminium yang sedikit sebanyak mempengaruhi berat.

Bagaimanapun, saiz CBR150R dilihat lebih mesra penunggang amatur dan mereka bertubuh kecil. CBR150R menawarkan pelana lebih rendah dengan perbezaan hampir 50mm berbanding R15 selain jarak roda pendek yang pasti meningkatkan aspek pengendalian, terutama ketika menunggang dalam trafik sesak.

Lebar CBR150R juga lebih kompak daripada R15 yang pastinya mempengaruhi gaya tunggangan dan ketangkasan. Rekaan lampu belakang masing-masing memikat dan cukup trendy.

Mengenai ciri lain, CBR150R terbukti mendahului R15 dengan perbezaan harga asas sekitar RM500. Lebihan harga itu nyata berbaloi kerana CBR150R turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, manakala panel meter jenis digital berwarna.

Tayar belakang R15 nampaknya lebih lebar berbanding CBRR15. Bagusnya, kedua-dua model berkenaan menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) yang jelas dapat menyerlahkan penampilan dan gaya sport masing-masing.

R15 pula, walaupun dipasangkan brek cakera, sama seperti CBR150R, tetapi agak ketinggalan kerana tidak dipadankan dengan ABS, yang semestinya menjadi ciri penting buat jentera dua roda masa kini. ABS sepatutnya sudah menjadi ciri standard dan bukan lagi eksklusif untuk motosikal.

Ya, Honda melengkapkan CBR150R dengan ABS jenis dwi-saluran (dual-channel).

Panel meter digital R15 pula jenis monokromatik dalam paparan hitam-putih yang nampak sedikit hambar. Sebaliknya, CBR150R menampilkan panel meter berwarna yang lebih moden dan menyerlah.

MANA SATU JADI PILIHAN?

Setiap pembeli pasti ada cita rasa sendiri. Pembeli R15 mungkin saja meminati sportbike itu sebagai peminat setia Yamaha, ada juga yang sukakan rekabentuknya yang tidak terlalu agresif seperti CBR150R. Dari segi populariti, tidak dinafikan jenama Yamaha memiliki fanatik tersendiri, termasuk menawarkan aneke pilihan aksesori aftermarket di pasaran.

Namun, Honda pun tidak kurang hebat. Mungkin menyedari tidak seglamor Yamaha, CBR versi tempatan ini dilengkapkan dengan ekstra ciri menarik seperti ABS, panel meter warna dan enjin DOHC yang diakui kelasakannya walaupun perlu membayar sedikit lebih mahal. Namun, produk Yamaha pun diketahui umum mampu meroket lebih tinggi apabila masuk ke kedai motor.

Ini pasti membuatkan peminat dua roda perlu berfikir dua kali sama ada mahu memilih R15 atau CBR150R.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

Boon Siew Honda (BSH) HondaCBR150R Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) perbandingan Perbandingan Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R Roda 2 Yamaha YZF-R15
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026

    1 Comment

    1. vicknesh on 26/12/2025 16:53

      honda enjin rpm power …yamaha only torque power

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.