Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
Auto Terkini

Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/12/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Vietnam semalam rasmi memperkenalkan Exciter 155 VVA (V3) yang juga negara pertama dunia menerima supermoped itu.

Di Malaysia, masih tiada khabar berita daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tentang ketibaan Y15ZR versi ketiga (v3) itu. Bagaimanapun, sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel imej intip model Y15ZR v3 dikesan sedang menjalani ujian enduran di negara ini.

Jadi, peratusan Y15ZR v3 dilancarkan di Malaysia dalam.masa terdrkat adalah tinggi. Jangkaan kami, kapcai tersebut bakal dilancarkan pada suku pertama 2021.

Sebelum itu, jom kita kaji serba sedikit perbezaan antara Exciter 155 VVA vs Y15ZR V2:

SPESIFIKASI ENJIN

Trenkuasa Exciter 155 VVA dijana enjin 155cc dengan teknologi VVA berkuasa 17.7hp dan tork 14.4Nm, manakala  transmisi klac manual 6-kelajuan. Output tersebut 17 peratus lebih tinggi berbanding Y15ZR v2 bersesaran 150cc. Malah model baharu itu juga disematkan teknologi lapisan karbon pada slider VVA seperti model superbike YZF-R1.

Sistem suntikan bahan api didatangkan dengan 10 injektor, lebih banyak berbanding enjin 150cc. Sementara enjin Y15ZR V2 di Malaysia belum lagi didatangkan dengan teknologi VVA.

DIMENSI

Dari segi dimensi Exciter 155 VVA lebih panjang dan tinggi berbanding Y15ZR V2. Tawaran saiz tangki minyak yang besar menawarkan tunggangan jauh tanpa kerap mengisi bahan api. Walaupun berat meningkat kepada 121kg, tetapi masih ideal bagi kategori moped.

FREM

Dari segi frem, kedua-dua model masih lagi mempertahankan frem backbone. Bagaimanapun Exciter 155 VVA menggunakan brek cakera di depan, manakala fork teleskopik lebih panjang, 100mm dan suspensi belakang menggunakan jenis monoshock.

PERBEZAAN LUARAN

1. Yamaha Exciter 155 VVA ditawarkan dengan tiga pilihan warna buat model Standard dan Premium. Manakala versi GP hanya ditawarkan warna biru. Bagaimanapun Yamaha Y15ZR pasaran tempatan ditawarkan dengan satu pilihan model bersama empat warna badan.

Exciter 155 VVA
Y15ZR V2

2. Kemasan grafik badan juga berbeza. Generasi baharu Ecxiter tidak didatangkan dengan grafik bercorak seperti mana Y15ZR. Bagaimanapun ketiga-tiga varian Exciter menerima kemasan warna grafik badan dan tayar yang berbeza mengikut pilihan warna badan, misalnya seperti di bawah.

Yamaha Exciter 155 VVA Standard
Yamaha Exciter 155 VVA GP
Yamaha Exciter 155 VVA Premium

Kemasan grafik lebih ringkas dan kemas itu hasil inspirasi Yamaha YZF-R1. Sementara tawaran warna baharu pada Y15ZR V2 pula memiliki corak grafik lebih sporty sehingga ke belakang selain. Lencana Y15ZR (2020) yang kecil pada fairing sisi kini berwarna tona warna manakala Exciter menggunakan lencana tulisan 155 yang besar di tepi badan.

Yamaha Y15ZR V2 (2020)

3. Yamaha Excite 155 VVA direka menggunakan siluet dari Yamaha R1. Kerana itulah ia digelar sebagai little R1. Lampu utama depan diletakkan di bahagian atas bersama reflektor mengarah ke bahagian bawah. Dari depan terlihat agak sepet dan kecil berbanding Y15ZR.  Begitu juga dengan lampu nyala siang (DRL) LED di tengah yang membentuk seakan X.

Bahkan lampu jauh dan dekat direka menyala dengan posisi terpisah cukup jauh. Lampu belakang juga lebih kecil berbanding Y15ZF ini kerana lampu tersebut acah R1 serta bahagian signal diletakkan sedikit ke bawah. Kedudukan ekzos juga direndahkan berbanding Y15ZR.

Exciter 155 VVA vs Y15ZR
Exciter 155 VVA vs Y15ZR

 

4. Rekaan speedometer sedikit berbeza yang mana panel meter LCD penuh itu memaparkan indikator gear yang besar di sebalah atas kiri berbanding Y15ZR di tengah skrin. Turut tersedia indikator VVA.  Sementara itu, Exciter mendatangkan brek cakera 2-piston di depan manakala Y15ZR hanya menggunakan brek cakera.

6. Rekaan pelana Exciter 155 VVA lebih nipis dan sporty walaupun masih tandem seperti mana Y15ZR dan kesan pelana dual itu mirip motor sport fairing penuh. Seperti mana kita boleh lihat bahagian sisi Exciter berlekuk berbanding garis badan samping Y15ZR.

 

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Moped perbandingan roda2 Yamaha Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Yamaha Y15ZR (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026

    1 Comment

    1. sofea on 04/01/2021 14:56

      nice

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.