Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
Autotainment

#Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?

Han OthmanBy Han Othman23/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Ativa
di lancar di pasaran Malaysia pada Mac tahun lalu. Lama sebelum itu, Toyota terlebih dahulu memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-A itu di pasaran Jepun pada 2019 dengan nama Raize.

Di negara jiran Filipina pula, Raize baru saja diperkenalkan awal tahun ini dengan mendapat saingan daripada pesaing seperti Kia Stonic dan MG ZS. Bagaimanapun, Raize tidak ditawarkan Toyota Malaysia untuk memberi laluan kepada Perodua memasarkan Ativa.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

Apa ditawarkan Raize di Filipina? Apakah perbezaan SUV mini itu dengan Ativa? Mana satu lebih berbaloi?

RAIZE FILIPINA
  •  Tiada perubahan dengan penampilan Raize versi Jepun dan Indonesia, cuma pemanduan diubah ke sebelah kiri (LHD).
  • Ada empat varian ditawarkan:
    • 1.0 Turbo CVT (4 warna, semua warna khas, tiada untuk varian bawah)- 1,051,000 peso (RM82,030)
    • 1.2 G CVT (3 warna dengan warna khas, Red 2) – 926,000 peso (RM72,270)
    • 1.2 E CVT (2 warna) – 831,000 peso (RM64,860)
    • 1.2 E MT (2 warna) – 751,000 peso (RM58,610)
  • Ada dua pilihan enjin:
    • 3-silinder sebaris 12-injap 998cc DOHC Turbo dengan Dual VVT-i (kuasa 96hp @ 6,000rpm; tork 140Nm @ 2,400-4,000rpm)
    • 3-silinder sebaris 12-injap 1,198cc DOHC dengan Dual VVT-i (kuasa 86hp @ 6,000rpm; tork 113Nm @ 4,500rpm)

  • Varian turbo hanya mendapat transmisi automatik CVT, manakala varian bawah ada pilihan CVT dan manual (MT) 5-kelajuan.
  • Semua varian mendapat ciri keselamatan  4 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Daki Bukit (HSA), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, pengingat tali keledar belakang, unit infotainmen 8 inci, rim 16 inci, lampu belakang LED, spoiler belakang, suspensi strut MacPherson (depan) dan Torsion Beam (belakang), brek cakera (depan) dan dram (belakang), dan sensor belakang
  • Varian 1.0 Turbo CVT mendapat tambahan kerusi fabrik+kulit, 6 beg udara, Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), warna bada dwi-tona, rim aloi 17 inci, pedal syif, unit infotainmen 9 inci dan sensor depan+belakang.
  • Tiada sistem bantuan keselamatan termaju (A.S.A).
ATIVA MALAYSIA
  • Ada enam varian ditawarkan:
    • Ativa X (metalik) – RM61,500
    • Ativa H (metalik) – RM66,100
    • Ativa H (metalik khas) – RM66,600
    • Ativa AV (metalik) – RM71,200
    • Ativa AV (metalik khas) – RM71,700
    • Ativa AV (dwi-tona) – RM72,000
  • Semua varian dijana enjin 1.0 Turbo (sama seperti Raize 1.0 Turbo) dengan transmisi CVT, tetapi tiada pilihan transmisi MT.

  • Ada ciri keselamatan asas seperti: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) , Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), ISOFIX dengan pautan atas (top tether).
  •  Ada sistem A.S.A untuk semua varian, terdiri:
    • Amaran Pra-Perlanggaran (PCW)
    • Brek Pra-Perlanggaran (PCB),
    • Kawalan Salah Pedal (PMC)
    • Amaran Kereta Depan Gerak (FDA)
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Elak Tukar Lorong (LDP).

  • Semua varian AV (paling atas) mendapat tambahan perakam video digital (DVR) atau kamera pemuka (dashcam), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Traik Lintas Belakang (RCTA).
  • Tiada pedal syif untuk Ativa.

PERBANDINGAN

  • Dengan perbandingan spesifikasi di atas, rasanya anda tentu  sudah tahu model mana satu lebih berbaloi. Sudah tentulah Ativa yang mendapat tambahan sistem bantuan pemandu A.S.A untuk semua varian.
  • Varian paling asas, Ativa X berharga RM61,500, lebih mahal daripada Raize 1.2 E (asas, manual), RM58,610, beza RM2,890.
  • Ingat, varian automatik Raize 1.2 E CVT berharga RM64,860, lebih mahal RM3,360 daripada Ativa X. Tetapi Ativa X mendapat enjin turbo, sebaliknya Raize E CVT cuma enjin aspirasi natural (NA), iaitu tanpa turbo.
  • Varian paling premium juga dimenangi Ativa AV dengan harga RM72,000, berbanding Raize 1.0 Turbo CVT, harga (RM72,270).
  • Lebih istimewa, Ativa AV ada A.S.A, Raize tiada!

BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?
BACA >>> #Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
BACA >>> #Perbandingan: Inilah 6 Motosikal Boleh Beli dengan Bajet Perodua Ativa

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) perbandingan Perodua Ativa SUV SUV Segmen-A Toyota Raize
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

22/05/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

By Abang Hirata23/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.