Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?
Roda2

#Perbandingan: Honda Vario 150 (2020) vs Honda Vario 160 (2022), Mana Satu Berbaloi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan ketibaan skuter Honda Vario 160 (2022) dan boleh didapati di rangkaian pengedar jenama itu menjelang hujung minggu ini.

Honda Vario 160 (2022) ialah produk pemasangan tempatan (CKD) yang juga pengganti kepada Vario 150 yang sudah dihentikan pengeluaran di kilang BSH. Berikut perbezaan antara Honda Vario 150 (2020) dan Honda Vario 160 (2022):

BACA >>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
BACA >>> Honda Vario 150 (2020) Kini Berwajah Baharu Lebih Sporty, Harga Mula RM7,499

HARGA

  • Honda Vario 150 (2020): Standard, RM7,499; Edisi Repsol, RM7,699.
  • Honda Vario 160 (2022): Warna Standard, RM9,998; Edisi Hitam, RM10,298.

Perbezaan harga varian biasa RM2,499, tetapi Honda Vario 150 Edisi Repsol adalah lebih murah RM2,599 daripada Honda Vario 160 (2022) Edisi Hitam.

Apa perlu diakui, hampir semua komponen mengalami kenaikan harga akibat masalah mikrocip, isu kekurangan bekalan dan penurunan nilai matawang disebabkan kesan pandemik Covid-19, faktor cuaca dan krisis perang.

Harga disebut adalah tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Setiap pembelian disertakan waranti kilang 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

TRENKUASA

  • Honda Vario 160 (2022) dijana trenkuasa eSP+ 4-injap dengan jumlah ruang injap lebih besar berbanding Honda Vario 150. Ruang lebih luas itu dicapai dengan meluaskan saiz gerek, tetapi memendekkan lejang.
  • Honda Vario 160 (2022) juga lebih berkuasa dengan output kuasa 15.15hp berbanding Honda Vario 150 yang cuma 12.9hp, tetapi output tork tidak banyak berbeza, cuma berbeza 0.4Nm.
  • Ini membantu meningkatkan kadar kecekapan ambilan (udara-petrol), pelepasan emisi gas dan janaan kuasa.

BACA >>> #Perbandingan: Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, Mana Satu Lebih Berkuasa?

SPORT RIM CHINA

Honda Vario 160
Honda Vario 150
  • Honda Vario 160 (2022) menampilkan rekaan rim aloi baharu lebih besar dengan profil tayar besar untuk menambah baik kestabilan tunggangan. Jika diteliti, rim model baharu itu adalah buatan China (Honda Vario 150 guna rim buatan Indonesia).

TEKNOLOGI KESELAMATAN BREK

  • Honda Vario 160 (2022) dilengkapi brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda (Honda Vario 150 guna cakera petal di depan, dan brek dram di belakang).
  • Honda Vario 160 (2022) dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal untuk roda depan, dan tiada ABS roda belakang untuk mengurangkan harga kos.
  • Honda Vario 150 cuma dipasangkan Sistem Brek Kombi (CBS).
Brek Depan Vario 160
Brek Depan Vario 150
Brek Belakang Vario 160
Brek Belakang Vario 150

LEBIH BERAT, TANGKI MINYAK SAMA

  • Fizikal Honda Vario 160 (2022) lebih besar dan lebih berat 7kg daripada Honda Vario 150 walaupun menggunakan frem lebih moden. Tinggi pelana bertambah 9mm, manakala tinggi lega bumi dinaikkan 6mm.
  • Kapasiti tangki petrol kekal sama, manakala ruang simpanan bawah pelana kekal 18 liter.

BACA >>> #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?

REKABENTUK DIKEMAS KINI

  • Rekabentuk Honda Vario 160 (2022) nampak lebih matang dan moden, manakala Honda Vario 150 pula bergaya sport.
  • Honda Vario 160 (2022) menerima beberapa perubahan selain fairing seperti ruang simpanan barang (panel) bertutup dengan port USB, bentuk ekzos lebih menarik, peg kaki, bar bonceng dan indikator henti-mula.

BACA >>> Vietnam Perbaharui Penampilan Honda Winner X Sports (2023), Harga Kekal RM9.6k
BACA >>> AHM Perkenal Honda Vario 160 Repsol Edition (2022), Ada 4 Unit Sahaja
BACA >>> Indonesia Sambut Ketibaan Honda ADV 160 (2022), Harga RM10.5k!

Boon Siew Honda Honda Vario 150 (2020) Honda Vario 160 (2022) perbandingan roda2 Skuter 160cc Skuter Honda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.