Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan Awal [Siri 2]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i – K.U.A.S.A
Auto Terkini

Perbandingan Awal [Siri 2]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i – K.U.A.S.A

ZYBy ZY27/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kita sudah bandingkan sportbike Yamaha R15 dengan streetbike FZ150i dari segi gaya dan ciri. Tipikal peminat motosikal tempatan, itu saja masih tidak cukup meyakinkan. Jadi aspek seterusnya kita akan selidik pula aspek KUASA.

BACA >>> Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i

Walaupun nampak seakan berkongsi enjin sama, harus anda tahu sesaran enjin R15 dinaikkan kepada 155cc dengan ukuran gerek dan lejang – 58.0mm x 58.7mm, berbanding FZ150i (57.0mm x 58.7mm). Jadi perkara pertama yang perlu anda tahu, cukai jalan R15 pasti lebih mahal berbanding jentera 150cc lain di pasaran – Rm30 setahun berbanding cuma Rm2 untuk motosikal 150cc ke bawah.

Suzuki GSX-R150. 150cc “sebenar” yang paling berkuasa, cuma sayangnya tiada di Malaysia.

Jika harga cukai jalan bukan halangan, anda pasti berpuas hati dengan tambahan 5cc yang memang berbaloi kerana R15 ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 19hp, iaitu 3hp lebih tinggi berbanding FZ150i (16.04Hp), dan 4hp lebih tinggi berbanding kapcai 150cc lain yang rata-rata cuma mampu mencapai 15hp dalam keadaan standard kilang.

Anda yang berpengetahuan mengenai enjin pasti tahu bahawa sesaran sama; peningkatan kuasa akan merendahkan tork. Jadi, bagi mengatasi masalah kekurangan tork pada rev rendah, enjin R15 versi ini dilengkapi ciri aktuasi injap variabel / variable valve actuation (VVA).

Jika anda faham konsep VTEC untuk enjin Honda, atau MIVEC (Mitsubishi), konsep sama juga diaplikasikan R15. Cuma sudah tentu dengan aplikasi berbeza seperti yang boleh ditonton dalam video animasi di bawah ini:.

VVA Yamaha NMAX

Dengan VVA dan tambahan 5cc, Enjin R15 mampu mencapai tork puncak 14.7Nm pada 8,500rpm – 0.2Nm lebih tinggi berbanding FZ150i dengan cuma 1,000rpm lebih lewat. Ini bermakna, dari segi pikap dan top speed, memang R15 tidak terkalah asalkan tidak dibandingkan dengan jentera versi modifikasi.

Bukan sekadar enjin, aspek penukaran gear R15 juga lebih mewah dengan transmisi manual 6-kelajuan berserta klac Sliper dan Bantuan (Assist & Slipper Clutch). Jadi anda boleh harapkan:

  • Kelajuan maksimum lebih tinggi
  • Penukaran gear\ lebih lancar, terutama daripada gear tinggi ke gear rendah.

YAMAHA YZF-R15 – BERBALOI ATAU TIDAK?

Dengan ura-ura tanda harga sekitar RM12,000 pasti ramai mempertikaikan kewajaran sebuah jentera kelas 150cc dijual pada harga menyamai sportbike aras mula yang bersesaran lebih tinggi. Apa lagi kalau bukan Modenas Pulsar RS200 yang turut dilengkapi sistem brek anti kunci (ABS), tetapi tiada pada mana-mana model R15.

Walaupun dengan enjin lebih berkuasa, jujurnya rupa bentuk RS200 masih sedikit sukar diterima peminat tempatan

Walaupun bak kata pepatah mat motor, “tiada ganti untuk sesaran”, kurang adil rasanya menilai R15 cuma pada sesaran enjin tanpa mengira nilai tambah dari segi ciri mewah yang sukar didapati pada jentera lain dalam kelas sama (kecuali ABS).

Dibandingkan model sedia ada FZ150i yang rata-ratanya dijual sekitar RM9,000, tambahan anggaran RM3,000 daripada jentera naked itu mungkin sepadan dengan apa ditawarkan.

Buat masa ini, Yamaha YZF-R15 nampak berbaloi untuk dimiliki. Bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan Hong Leong Yamaha Malaysia bakal membuat kejutan. Untuk itu, terus ikuti kami di ArenaPermotoran dan Pandulaju untuk pelancaran rasmi hujung minggu ini. Sama-sama kita nantikan!

BACA >>> Yamaha R15 V3 Sah Masuk Malaysia, Bakal Lancar 28 Julai Ini!

autotainment HLYM Hong Leong Yamaha Motor modenas pulsar RS200 motosikal R15 R15 V3 roda2 sembang deras sportbike Yamaha Yamaha FZ150i Yamaha R15 Yamaha R15 V3
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.