Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbaharui Lesen Memandu, LKM Guna Aplikasi MyJPJ Mula 1 Februari Ini
Auto Terkini

Perbaharui Lesen Memandu, LKM Guna Aplikasi MyJPJ Mula 1 Februari Ini

FikriBy Fikri02/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini boleh diperbaharui menggunakan aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari ini.

Bagaimanapun, perlaksanaan urus niaga pembaharuan lesen menerusi aplikasi tersebut akan dilaksana secara berfasa dengan peringkat  pertama melibatkan kenderaan persendirian individu milik warganegara.

Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.

“Penambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos malah dapat kurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ,” katanya.

Pembaharuan ini berdasarkan kesediaan sistem JPJ dan penerimaan positif orang awam. Loke berkata, bagi mengelakkan penggunaan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM ketika pembaharuan akan menikmati rebat RM5.

Rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 bermula 1 Februari hingga 31 Disember 2024. Inisiatif ini termaktub bagi mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan, sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ seperti pejabat Pos Malaysia dan MyEG Service Berhad.

“Inisiatif ini hanya untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai untuk warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS dan MyPR.”

Menurut Loke, setakat 31 Disember lalu, 7.5 juta pengguna menggunakan aplikasi MyJPJ dan dijangka terus meningkat tahun ini.

Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan hari ini merupakan usaha MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM, seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan terbaik kepada rakyat.

“MOT dan JPJ juga sentiasa menghargai sokongan daripada pelbagai pihak dalam pelaksanaan pendigitalan. Saya menyeru supaya masyarakat bersama kami untuk menjayakan pendigitalan JPJ.”

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Siew Fook Aplikasi MyJPJ Auto Terkini Kementerian Pengangkutan Kementerian Pengangkutan (MOT) Lesen Kenderaan Motor (LKM) lesen memandu Malaysia (LMM)
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.