Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peraturan Cermin Gelap Kekal Seperti 2019, Kompaun RM300 Jika Tidak Patuh
Auto Terkini

Peraturan Cermin Gelap Kekal Seperti 2019, Kompaun RM300 Jika Tidak Patuh

Han OthmanBy Han Othman15/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sebentar tadi mengemas kini maklumat mengenai peraturan cermin gelap (tinted) untuk kenderaan yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook agensi Kerajaan tersebut.

Kali terakhir JPJ mengemas kini peraturan baharu cermin gelap adalah pada 8 Mei 2019 yang mana Kerajaan ketika itu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Kementerian Pengangkutan diterajui mantan menteri, Anthony Loke Siew Fook.

Antara peraturan baharu digubal ialah kadar telus cahaya cermin depan hingga 70 peratus dan cermin sisi (50 peratus), manakala cermin belakang (0 peratus, tanpa had).  Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu menggelapkan kenderaan mereka melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan keselamatan dan kesihatan.

Bagi permohonan atas faktor keselamatan, pemilik dikenakan fi RM50, dan tambahan RM5,000 sekiranya diluluskan. Tempoh sah penggunaan cermin gelap khas itu adalah dua tahun dan perlu dimohon semula selepas tamat.

Menurut JPJ lagi, mana-mana pemandu yang memandu kenderaan tanpa mematuhi had cermin gelap ditetapkan boleh dikompaun RM300, atau denda RM1,000, atau penjara dua minggu, atau kedua-duanya.

Kenapa Kerajaan caj RM5,000 untuk permohonan faktor keselamatan? Baca SINI. Nak tahu lebih lengkap mengenai peraturan cermin gelap kenderaan? Baca pautan di bawah ini:

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]
BACA >>> Cermin Gelap: Bukan Tuan Punya Kereta Pun Boleh Kena Saman!

Auto Terkini filem gelap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ peraturan cermin gelap roda2 tahukah anda tinted
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.