Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Penunggang motosikal

MENUNGGANG motosikal bukan sekadar mengenai pengangkutan atau hobi hujung minggu. Bagi ramai penunggang, ia mengenai kebebasan, fokus dan perasaan benar-benar hidup pada setiap detik atas jalan.

Apa yang mungkin tidak disedari, pengalaman itu terbukti secara klinikal memberi kesan positif kepada kesihatan mental.

Satu kajian dilakukan Universiti California Los Angeles (UCLA) pada 2021, yang dibiayai Harley-Davidson, membuktikan aktiviti menunggang motosikal membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan tahap fokus dan memberi kesan baik ke atas minda dan tubuh.

Dapatan kajian itu mengesahkan apa yang sudah lama dirasai komuniti penunggang. Apa sebenarnya yang penunggang dapat dengan menunggang?

1. Menunggang Sebagai Meditasi Aktif

Off-road motocross
Penunggang motosikal bermeditasi

Kajian mendapati menunggang selama 20 minit mampu mengurangkan tahap kortisol, iaitu hormon stres hingga 28 peratus. Kesan itu setanding dengan amalan kesedaran (mindfulness) seperti yoga dan meditasi.

Ketika menunggang, perhatian sepenuhnya tertumpu kepada jalan, bunyi enjin, imbangan badan dan pergerakan motosikal. Situasi itu mewujudkan flow state, yang mana gangguan dan kebimbangan harian hilang buat seketika, sekali gus memberi ketenangan mental.

2. Hubungan Minda, Fizikal Setiap Selekoh

Menunggang motosikal adalah aktiviti fizikal yang aktif. Setiap tindakan seperti membrek, menukar gear dan mengambil selekoh melibatkan koordinasi minda dan otot. Menurut kajian sama, kadar degupan jantung peserta meningkat 11 peratus manakala tahap adrenalin naik hingga 27 peratus, hampir menyamai senaman ringan.

Gabungan rangsangan fizikal dan mental itu membantu meningkatkan tahap kepekaan, kejelasan minda dan tenaga, menyebabkan penunggang berasa lebih segar selepas menunggang.

3. Komuniti yang Kurang Rasa Terasing

Komuniti penunggang di Malaysia
Penunggang Sikh

Walaupun sinonim dengan kebebasan individu, dunia permotoran juga menawarkan nilai kebersamaan yang kuat. Hubungan sesama penunggang, sama ada melalui konvoi atau interaksi ringkas di jalan raya, mewujudkan rasa kekitaan yang membantu mengurangkan rasa sunyi dan terasing.

Bagi golongan veteran dan petugas barisan hadapan yang bergelut cabaran seperti  Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) dan kemurungan, sokongan komuniti terbukti memberi kesan besar terhadap kesejahteraan mental.

4. Rasa Bebas, Keyakinan Diri

Pengalaman mengawal motosikal dan meneroka laluan baharu memberi rasa penguasaan dan keyakinan diri. Setiap keputusan di atas motosikal adalah tanggungjawab penunggang sendiri, sekali gus membantu membina daya tahan mental dan kepercayaan terhadap keupayaan diri.

4. Sains Bertemu Minat

Kajian turut menunjukkan peningkatan aktiviti otak melalui bacaan Elektroensefalogram (EEG), menandakan tahap fokus deria dan kewaspadaan yang lebih tinggi ketika menunggang. Inilah sebab ramai penunggang merasakan fikiran lebih tenang dan jelas selepas berada atas motosikal.

Dalam dunia moden yang sarat tekanan dan rangsangan berlebihan, menunggang motosikal menawarkan satu bentuk ‘reset’ mental yang sukar ditandingi oleh aktiviti lain.

5. Lebih Sekadar Hobi

Dengan sokongan bukti saintifik, jelas sekali menunggang motosikal bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi juga alat untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan memperkukuh kesejahteraan mental.

Sama ada penunggang berpengalaman atau baru mempertimbang untuk memiliki motosikal pertama, jalan terbuka menawarkan lebih sekadar destinasi, ia membuka ruang ketenangan, keyakinan dan keseimbangan diri.

SUMBER: MotorcycleMissions.org

fizikal kebaikan menunggang motosikal Kesihatan Mental komuniti motosikal Konvoi Motosikal meditasi aktif Menunggang Motosikal minda motosikal TahukahAnda
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.