Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Malaysia Capai Misi Enduran Iron Butt 1,609km dengan Modenas RS200
Auto Terkini

Penunggang Malaysia Capai Misi Enduran Iron Butt 1,609km dengan Modenas RS200

AryonBy Aryon23/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

  • TARIKH: 26/04/2018 (04:57 am) – 27 April 2018 (01:17 am)
  • JARAK: 1,609km
  • MASA KEMBARA: 20 jam 40 minit
  • JENTERA: Modenas RS200
  • DESTINASI: Kuala Lumpur -> Teluk Danga, Johor -> Bukit Kayu Hitam, Kedah -> Kuala Lumpur

MOHD ASRI Mohd Nor mencatatkan rekod peribadi tersendiri bersama jentera Modenas RS200 apabila melengkapkan jarak perjalanan sejauh 1,609km dalam masa 20 jam 40 minit, sekali gus memenuhi syarat kembara enduran ditetapkan Persatuan Iron Butt (IBA) Amerika Syarikat (AS).

IBA ialah organisasi berpangkalan di AS yang ditubuhkan pada 1984 untuk menghargai mana-mana penunggang motosikal enduran yang berjaya melengkapkan jarak perjalanan minimum 1,600km dalam tempoh 24 jam atau kurang. IBA mendakwa persatuan itu kini memiliki 60,000 keahlian dari seluruh dunia.

DARI KL KE SELATAN, SEBELUM KE UTARA


Asri memulakan perjalanan dari Setapak Jaya, Kuala Lumpur (KL) seawal jam 4.57 pagi, iaitu menuju Johor melalui laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Menurutnya, Sepanjang perjalanan lebih 300km ke Teluk Danga, dia perlu menempuh pelbagai cabaran cuaca seperti sejuk dan panas, termasuk menunggang dalam hujan.

Sepanjang perjalanan ke selatan Semenanjung itu, dia cuma singgah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap untuk mengisi petrol, manakala bersarapan pagi di R&R Pandan sebelum tiba di Teluk Danga pada jam 9.30 pagi.

BACA >>> Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!

Tidak lama di Teluk Danga, Asri menyambung semula perjalanan ke utara Semenanjung, juga menggunakan laluan lebuh raya PLUS dengan jarak perjalanan lebih kurang 800km. Dari Johor Bahru, destinasi hentian ialah di Pagoh, R&R Rawang dan R&R Bukit Gantang untuk mengisi petrol, mengalas perut dan membersihkan diri.

Dia sampai di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada jam 6.03 petang mengikut masa yang tertera pada jam Modenas RS200, iaitu kira-kira 8 jam perjalanan atas motor! Menurut Asri, dia tidak banyak mengambil foto kerana tujuan kembara dilakukannya ialah untuk menamatkan perjalanan sejauh sekurang-kurangnya 1,600km dalam masa 24 jam.

Akhir sekali ialah trip perjalanan pusingan ketiga selepas Teluk Danga dan Bukit Kayu Hitam, iaitu balik semula ke KL untuk menamatkan misi kembara enduran Iron Butt itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia berhenti di Simpang Taiping untuk mengisi petrol dan makan malam di satu stesen minyak.

Jarak perjalanan balik dari Simpang Taiping ke KL ialah 250km dengan purata kelajuan sekitar 120kmj sahaja. Sebelum mengetuk pintu rumah, dia singgah dulu di R&R Ulu Bernam untuk mengalas perut yang berkeroncong dengan sekeping roti dan air mineral.

TIBA SELEPAS 20 JAM

Akhirnya Asri tiba di rumah tepat jam 1.17 pagi, pada 27 April 2018 sambil disambut isteri tercinta yang juga menjadi saksi dia memulakan kembara Iron Butt itu. Sebagai bukti kejayaannya berjaya melengkapkan kembara enduran itu ialah resit isian petrol dan gambar lokasi sepanjang hentian. Isterinya juga akan dihubungi pihak IBA bagi mendapatkan pengesahan.

BACA >>> Honda Perkenal Fireblade SP Custom Concept – Motor Lumba Replika 8 Hours Suzuka

Ramai tidak tahu  tentang kejayaan Asri ini, tambahan lagi ia dilakukan dengan membawa bersama nama Modenas selaku pengeluar motosikal nasional negara kita. Kepada mereka yang biasa mengembara jauh pasti tahu betapa perit dan mencabar menunggang motosikal sejauh beribu-ribu batu.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Asri melakukan rekod peribadi. Dia pernah mengelilingi Semenanjung selama 9 hari 8 malam dan melakukan ziarah masjid seluruh ibu negeri di Semenanjung selama 6 hari 5 malam. Ini termasuk meredah laluan ‘Thousand Corners’ di Thailand selama 11 malam 12 hari. Dan semua kembara itu dilakukannya dengan menunggang motosikal!

Nak tahu berapa umur Asri tahun ini? 54 tahun!

GALERI

enduran Iron Butt Association (IBA) Kembara Enduran Modenas modenas pulsar RS200 mohd asri mohd nor Persatuan Iron Butt (IBA) roda2 sportbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.