Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Ducati Maut Jatuh Jejambat 30 Meter, Polis Buru Motosikal Lawan Arus
Auto Terkini

Penunggang Ducati Maut Jatuh Jejambat 30 Meter, Polis Buru Motosikal Lawan Arus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS sedang memburu penunggang motosikal yang dirakam melawan arus sehingga menyebabkan terjadinya satu kes kemalangan maut jatuh jejambat di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) tengah hari tadi.

Tengah hari tadi, tular satu rakaman video dan beberapa foto di media sosial memaparkan insiden seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tercampak dan jatuh dari jejambat SUKE.

FOTO 1 dan 2 menunjukkan motosikal lawan arus manakala foto 3 dan 4 memaparkan mangsa langgar dan terjatuh kira-kira 30 meter ke bawah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail menyatakan laporan berhubung kemalangan itu diterima jam 1.10 petang dan insiden berlaku di Kilometer 22.2 SUKE.

Mangsa maut merupakan lelaki berumur dalam linkungan umur 60-an dan menunggang motosikal jenis Ducati Panigale.

Beliau berkata:

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal mangsa jenis Ducati Panigale sedang melalui jalan berselekoh. Tiba-tiba datang motosikal dari arah bertentangan di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arus.

“Penunggang Ducati cuba mengelak lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan. Kesan pelanggaran menyebabkan mangsa terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 meter.

“Motosikal mangsa terseret ke tengah jalan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar stesen kawalan SMART Sg. Klang.

“Mangsa mengalami kecederaan padah di bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sebuah lagi motosikal yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggalkan tempat kejadian dan tindakan mengesan sedang dijalankan.”

Beliau berkata, polis ketika ini sedang mengesan penunggang motosikal yang melawan arus dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak SUKE.

Tambah beliau:

Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan dan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348.”

Ducati Panigale Jatuh SUKE Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) Mohd. Azam Ismail Motor lawan arus
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.