Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penerbangan MYAirline Tawar Diskaun 20 Peratus, Percuma Bagasi 15kg untuk Pelajar 16-26 Tahun
Auto Terkini

Penerbangan MYAirline Tawar Diskaun 20 Peratus, Percuma Bagasi 15kg untuk Pelajar 16-26 Tahun

Han OthmanBy Han Othman30/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MoT) bakal memperkenalkan inisiatif pada Ogos ini bagi meringankan beban kewangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), terutama dari Sabah dan Sarawak untuk membeli tiket penerbangan pulang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif dalam bentuk pemberian kredit itu masih dalam proses integrasi dengan syarikat penerbangan.

Kita jangka dapat dilancarkan pada Ogos, sebelum sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya.

Loke berkata demikian kepada media selepas melancarkan ‘perlepasan berganda’ MYAirline bagi Program Pelajar dan Penerbangan Sulung ke Bangkok, di Kuala Lumpur, hari ini. MYAirline ialah syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia.

Menurutnya, apabila dilaksanakan kelak, inisiatif berkenaan dijangka mampu memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 pelajar IPTA.

Loke berkata, industri penerbangan tempatan seperti MYAirlines mempunyai peranan penting, terutama dalam membantu meringankan pelajar yang perlu melakukan perjalanan merentasi Laut China Selatan kerana penerbangan adalah satu-satunya mod pengangkutan awam pilihan.

Menurutnya;

Khidmat penerbangan yang boleh dipercayai dan mampu milik adalah kunci membolehkan pelajar kita mengejar peluang pendidikan terbaik dan mengukuhkan perpaduan wilayah.

“Dengan sukacita saya mengumumkan MYAirlines akan menawarkan diskaun tambang 20 peratus dan bagasi 15kg percuma kepada pelajar (berumur 16-26) yang menaiki penerbangan domestik bawah program ini.

“Melalui inisiatif MoT yang akan diperkenalkan itu, dan Program Pelajar MYAirline, pelajar kini boleh mengharapkan lebih banyak pilihan apabila melancong dalam negara.

“Saya berharap usaha ini juga menjadi pemangkin kepada syarikat penerbangan lain untuk mengadakan program serupa bagi membantu rakyat.”

Mengenai penerbangan sulung MYAirline ke Thailand, Loke berkata, ini membantu mengembangkan lagi peluang perdagangan dan pelancongan serta memperdalam pertukaran seni budaya antara Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MYAirline, Rayner Teo berkata, syarikat penerbangan itu akan beroperasi di dua lapangan terbang di Bangkok dengan operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 28 Jun dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang menjelang 1 Julai.

Mulai esok, MYAirline akan melebarkan sayap ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, sekali gus dapat memberi pilihan kepada penumpang untuk memilih antara Lapangan Terbang Don Mueang atau Suvarnabhumi.

“Buat kali pertama, syarikat penerbangan tempatan berupaya menawarkan fleksibiliti sedemikian,” kata Loke lagi.

SUMBER: Bernama

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) myairline
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.