Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemilik Waisuku Kena Saman: “Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya”
Auto Terkini

Pemilik Waisuku Kena Saman: “Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/03/20216 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN minat dan mahu ikut trend, seorang pemilik Yamaha Y15ZR memberikan alasan keselamatan untuk sebab kenapa dia memasang ekzos bising pada motosikalnya itu.

Shahril, 30, ditahan polis dalam satu operasi di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang, Selangor. Kesal kerana perbuatan itu, dia mengakui memasang ekzos bising kerana trend dan minat serta menyedari bunyi bising dihasilkan memang mengganggu orang awam.

Dipetik Sinar Harian, Shahril turut mendedahkan ekzos bising itu dibeli secara terpakai pada harga RM400 daripada seorang kenalan pada tahun lalu, manakala ekzos asal masih disimpan baik.

Lucunya, dia turut menyatakan ekzos bising dipasangnya itu adalah untuk tujuan keselamatan kerana kenderaan lain boleh sedar kehadirannya dari belakang.

Ekzos bising itu untuk ‘keselamatan’ saya. Kereta di depan tahu saya ada di belakang dan tidak menghalang laluan untuk memotong dan sebagainya,” katanya.

Selain Shahril, polis turut menahan 10 motosikal lain atas kesalahan ekzos bising, dan 93 saman dikeluarkan dalam operasi tersebut membabitkan pelbagai kenderaan lain.

 

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JSPT Bukit Aman bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi. Antara motosikal ditahan adalah jenis Yamaha Y15 (4 unit), Yamaha 125Z (1), Yamaha R15 (1), Benelli (1), Kawasaki Z900 (1), Yamaha R6 (1) dan Kawasaki ER-6 (1).

Tindakan akan diambil di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) selain akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pengubahsuaian.

BACA >>> #Tular: Nak Makan Tapi Kedai Tutup Punca Sekumpulan Lelaki Mengamuk Tak Ingat Dunia
BACA >>> Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini ekzos bising Kapcai Ops Khas Kesalahan Bunyi Bising roda2 Yamaha Y15ZR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026

    6 Comments

    1. PanduLancauLaju on 02/03/2021 15:20

      Lucunya, dia turut menyatakan ekzos bising dipasangnya itu adalah untuk tujuan keselamatan kerana kenderaan lain boleh sedar kehadirannya dari belakang.

      Jangan sampai website korang kena ddos.

      Reply
    2. Panduslow on 04/03/2021 15:16

      Apa yang lucu tuan? Ada masa nanti sesiapa yang nampak tuan naik motosikal akan ada niat nak langgar tuan ,jangan salahkan pemandu kereta tu tuan sebab dia tak perasan pun badan gemuk tuan bawa motisikal ahahaha jangan dah kena baru nak keadilan

      Reply
      • AO on 10/03/2021 07:15

        Yang tulis artikel ni tak gemuk ye… Harap maklum…

        Reply
    3. Lucu Benar on 04/03/2021 20:52

      Lucu ke? Pernah kena himpit dengan kereta atau lori? Pernah kena pancung tak bagi signal? Alasan driver tu sebab dia tak nampak dan tak dengar ada motor kat sebelah dia. Tulis tu biar pakai otak. Nak tangkap yang pakai ekzos bising? Kereta sport car takde pula di saman. Alasan sebab keretanya itu sport. Tak kan nak kami penunggang motosikal ni pakai penanda ‘Awas’ besar² kat badan. Banyak pengguna jalan raya ni otaknya kat lutut. Kalau betul nak saman, saman sekali kedai yang jual, saman yang suka buat bising kat tempat rehat awam yang jenis rev enjin kat station minyak, kat kawasan tempat makan.

      Reply
      • AO on 10/03/2021 07:26

        Ada ekzos dan jenis motor yang memang dibenarkan untuk ride trek saja, tapi salah guna atas jalan. Macam gam juga, ada yang buat hisap untuk high dan ada buat lekat benda. Ada juga kajian, ekzos bising dah bukan lagi untuk keselamatan sebab kereta sekarang dah ada ciri NVH tinggi, tapi lebih kepada mengganggu ketenteraman awam.

        Reply
    4. matmotolanjiao on 08/03/2021 15:21

      Sembang lah korang. Dah tahu bahaya tak payah lah nak menyelit sebelah kenderaan besar. Sendiri cari penyakit lah bhai.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.