Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemegang Kad Enrich Boleh Naik ‘Teksi Mewah’ ke Pesawat di KLIA
Auto Terkini

Pemegang Kad Enrich Boleh Naik ‘Teksi Mewah’ ke Pesawat di KLIA

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) dan Malaysia Aviation Group (MAG) menjalin kerjasama strategik untuk menawarkan servis pengangkutan eksklusif membabitkan dua model perdana kenderaan jenama Jerman itu.

Dua model itu ialah limusin Mercedes-Benz S 580 e Plug-in Hybrid (PHEV) dan model elektrik EQS 500 4MATIC sebagai ‘teksi mewah’ antara Terminal Utama dan Bangunan Satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).

MAG ialah syarikat induk kepada penerbangan nasional, Malaysia Airlines. Servis pengangkutan mewah 24 jam itu dikenali sebagai Private Terminal Transfer Service dan sudah beroperasi sejak 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, MBM tidak mendedahkan jumlah kenderaan yang disediakan untuk program Private Terminal Transfer Service. Apa yang didedahkan ialah program itu bertempoh 12 bulan dan ada potensi untuk dilanjutkan untuk tempoh lebih lama.

Ganjaran lain disediakan untuk ahli Malaysia Airlines Enrich Platinum dan Gold ialah:

  • Harga istimewa yang disediakan untuk pembelian model terpilih Mercedes-Benz khususnya varian PHEV dan EV.
  • Pemegang kad Enrich tersebut yang membeli sebuah Mercedes-Benz baharu tahun ini juga berpeluang diterbangkan ke Jerman secara eksklusif untuk menikmati dunia Mercedes-Benz tetapi ini tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Ahli Malaysia Airlines Enrich Platinum dan Gold dapat akses eksklusif ke acara MBM. Pelanggan MBM pula berpeluang menyertai acara eksklusif Enrich Malaysia Airlines.
  • Bermula 1 Mac ini, pelanggan yang membeli kenderaan Mercedes-Benz layak menikmati akses Private Terminal Transfer Service Malaysia Airlines selama setahun.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Malaysia Aviation Group (MAG) Mercedes-Benz Malaysia Private Terminal Transfer Service
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.