Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Pembuli Jalan Raya Tunjuk Samseng? Lakukan 6 Tip Ini untuk Elak Lebih Drama
Autotainment

Pembuli Jalan Raya Tunjuk Samseng? Lakukan 6 Tip Ini untuk Elak Lebih Drama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI bukan Hikayat Ben Ladin tetapi kisah pembuli jalan raya yang sering kali kita baca dalam laman sosial Facebook atau Twitter. Sejak kebelakangan ini ada macam-macam kes kekerasan melibatkan pengguna jalan raya. Kadangkala hanya sedikit kesilapan dan perselisihan kecil, tetapi sampai boleh mengakibatkan pergaduhan besar.

Semalam kami terbaca status rakan Facebook yang bercerita pasal pengalamannya dibuli pemandu Mercedes-Benz. Katanya, insiden berlaku selepas dia menekan hon sebagai amaran kepada pemandu itu yang buat pusingan-U mengejut hingga mereka nyaris kemalangan. Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, pemandu Mercedes-Benz tersebut memandu di depan kenderaannya dan sengaja menekan brek banyak kali sambil menunjukkan isyarat lucah.

BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!

Itu cuma sebahagian insiden melibatkan rakan terdekat. Faktanya ada banyak kerenah pemandu jalan raya di luar sana. Jika kita sendiri berdepan situasi sama, apakah tindakan yang akan dibuat? Adakah hanya pasrah atau bertindak balas kerana anda di pihak benar.

Ini cadangan kami untuk elak sebarang drama tidak diingini berlaku.

1. SENTIASA JAGA JARAK KERETA DEPAN

Ini mungkin salah satu penyelesaian bersifat pencegahan yang harus dibuat pada bila-bila masa. Menjarakkan kenderaan sendiri dengan kenderaan di depan dapat meminimumkan kecelakaan. Apa yang penting ialah jaga emosi supaya tetap tenang ketika memandu kerana anda sendiri faham dengan sikap tipikal pemandu di Malaysia yang sukar diduga.

Ada agresif, angkuh, tidak beri signal, suka menyelit, dan membrek pada saat akhir, termasuk membrek bila-bila masa walaupun jarak kenderaan di depan masih jauh.

BACA >>> 5 Tip Ringkas untuk Penunggang Bandar, Siap Sedia Hadapi Cabaran

Seperti kes pemandu Myvi (2017) yang dipercayai memotong Q ketika menukar lorong sebelum tiba-tiba memotong semula barisan ke lorong lurus. Mangsa sempat membunyikan hon kereta selepas pemandu tersebut memperlahankan kenderaan dibawanya secara sengaja untuk memotong barisan. Tindakan mangsa itu menyebabkan si pemandu samseng naik marah dan memandu secara berbahaya sebelum membrek mengejut di depan keretanya.

2. PASANG KAMERA PEMUKA (DASHCAM) ATAU RAKAM VIDEO 

Ini perkara biasa apabila berlaku kemalangan. Pertengkaran akan berlaku dan masing-masing saling menyalahkan. Situasi seperti itu perlukan bukti kukuh dan jika anda ada dashcam ataupun perakam, ia dapat membantu siasatan polis. Peranti dashcam kini semakin banyak, murah dan mudah didapati.

Anda boleh terus sambungkan kepada kenderaan dan aktifkan secara automatik setiap kali memandu. Bagi motosikal, anda mungkin boleh merancang membeli action cam dan dipasangkan pada mounting helmet. Antara model popular ialah GoPro.

3. INGAT NOMBOR PENTING


Ini bukan nombor plat kenderaan kemalangan untuk ke kedai 4D, tetapi nombor kecemasan. Apabila terlibat kemalangan yang berpotensi mencetuskan pergaduhan fizikal atau reaksi emosi melampau, lebih baik panggil polis sebagai orang tengah. Ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

BACA>>>5 Tip Asas Pemanduan Selamat (Bukan untuk Balik Raya Saja)

4. BERSIKAP GENTLEMAN DAN COOL

OK, ini paling sukar dalam kes pembuli jalan raya. Kenapa? Ini kerana pemandu angkuh dan agresif akan memilih untuk memaki hamun terlebih dahulu sebelum dapat berfikir waras. Ingatlah, jika orang yang anda hadapi itu lebih tua atau berkeluarga, bersikaplah dewasa atau gentleman kerana tiada kurangnya martabat anda jika mengaku kesalahan sendiri.

BACA >>> #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

Tiada guna meledakkan emosi meskipun apa yang berlaku bukan kesalahan anda. Tetap cool dan selalu berdepan lawan dengan nada suara normal dan bukan menengking seperti mana kes Kiki vs Uncle (video atas), 4 tahun lalu.

5. JANGAN SAMA IKUT EMOSI


Di jalan raya, ada saja pemandu yang memandu agresif bak berlumba di litar sambil menyelit di celahan kenderaan. Memang dalam hati timbul rasa panas dan mahu buat ‘pembalasan’. Itu lumrah, tetapi kita sebenarnya ada dua pilihan: ikut serta atau diam dan memandu seperti biasa. Kembalilah kepada diri sendiri kerana jika turut serta, masalah akan menyusul.

6. BUAT REPOT POLIS


Jika berdepan pembuli jalan raya seperti rakan kami itu, jangan bimbang dan gusar. Pandu macam biasa walaupun kenderaan itu mengekor rapat. Jika tiada dashcam, minta rakan sebelah rakamkan video dan catat nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Kemudian pergi balai polis berhampiran untuk buat repot.

autotainment Buli Jalan Raya Pembuli Jalan Raya tip tip keselamatan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.