Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembeli Saman Tesla, Ciri Autopilot, FSD Macam ‘Cakap Tak Serupa Bikin’
Auto Terkini

Pembeli Saman Tesla, Ciri Autopilot, FSD Macam ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

WahidBy Wahid18/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TESLA Inc disaman pengguna kerana atas dakwaan mempromosi dan mengelirukan orang ramai mengenai ciri pemanduan automatik (Autopilot) dan Pandu Sendiri Penuh (Full Self-Driving, FSD).

Tesla dan pemiliknya Elon Musk didakwa membuat promosi palsu dengan kenyataan ciri ditawarkan berfungsi sepenuhnya sejak 2016 walaupun pengeluar itu menyedari semua teknologi itu masih tidak berfungsi sepenuhnya atau secara langsung. Justeru kenderaan dibeli masih tidak selamat kepada pemandu atau orangramai.

Salah seorang pihak yang memfailkan saman, Briggs Matsko berkata, Tesla melakukan promosi seperti itu kerana mahu menarik pelabur, meningkatkan jualan, mengelakkan berlaku bankrap, meningkatkan harga saham dan menggelarkan diri sebagai pengeluar kereta elektrik hebat.

Tesla belum lagi membina kenderaan pandu sendiri penuh.”

Saman itu difail di Mahkamah Persekutuan di San Francisco tanpa mendedahkan jumlah tuntutan ganti rugi dibuat pembeli Tesla yang dilengkapi ciri seperti Autopilot, Enhances Autopilot dan FSD sejak 2016. Jika saman itu menang, Tesla akan digantung lesen jualan di California dan terpaksa membayar pampasan kepada pembeli.

Menurut Tesla, ciri Autopilot membolehkan kenderaan menukar arah, memecut dan membrek dalam laluan jalan, manakala fungsi RSD dapat mengesan isyarat lalu lintas dan menukar laluan.

Bagaimanapun, Tesla juga mengatakan kedua-dua teknologi berkenaan memerlukan ‘perhatian penuh aktif’ daripada pemandu, dan kereta mereka tidak boleh dianggap automatik sepenuhnya

Matsko berkata, dia membayar AS$5,000 (RM22,680) untuk opsyen Enhanced Autopilot pada Model X (2018).

Lagi, pengguna Tesla yang menerima perisian kemas kini terpaksa beraksi sebagai jurutera tidak bertauliah dan berdepan pelbagai masalah seperti kenderaan dipandu sendiri hingga melawan arus, melanggar lampu isyarat merah dan kerap gagal dikawal di selekoh.

Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan di Amerika Syarikat (NHTSA) membuka 38 kes siasatan khas, melibatkan 19 kematian sejak 2016 terhadap Tesla yang disyaki berpunca daripada masalah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Auto Terkini Elon Musk Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Tesla Tesla Disaman
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.